Selepas dimalukan, Syed Saddiq merajuk Anwar pilih dua bekas ADUN UMNO

November 6, 2021 · Politik

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengambil sikap berkecuali pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini, kata Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq merajuk dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencalonkan kembali dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor).

PRN Melaka terpaksa diadakan apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan selepas Idris dan Nor Azman bersama Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas), menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri ketika itu Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Syed Saddiq berkata rundingan MUDA untuk menyertai PRN Melaka bersama PH bermula sejak dua minggu lepas dan banyak perkara dibincangkan untuk memastikan niat parti itu menyatupadukan pembangkang tercapai.

Menurutnya pendirian PH untuk terus mencalonkan pemimpin politik yang menjadi punca PRN Melaka diadakan menyebabkan parti itu mengambil pendirian untuk tidak bersama dengan PH.

“Kita telah buat pendirian untuk berkecuali dalam pilihan raya ini dan fokus kita adalah kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), serta fokus untuk memantapkan politik khidmat,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar hari ini mengumumkan Idris akan bertanding di kerusi Asahan iaitu kerusi tradisi PKR, manakala Nor Azman kekal di Pantai Kundor iaitu kerusi tradisi Amanah.

MUDA yang ditubuhkan Syed Saddiq pada 17 Sept tahun lepas belum diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebagai parti politik, dan Syed Saddiq pada 27 Okt dilaporkan berkata pihaknya sedang berunding dengan PH bagi meletakkan calon MUDA pada PRN Melaka.

Tarikh mengundi PRN Melaka ditetapkan pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
8 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok