Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar

July 3, 2022 · Politik

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya membuat kecaman terhadap kerajaan dengan melabel “bangang” berhubung kenaikan harga barang tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata Anwar tidak wajar mengeluarkan kenyataan penghinaan sedemikian terhadap kerajaan ditadbir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Janganlah kata bangang, Anwar Ibrahim kalau tak tahu cerita jangan nak jadikan isu kos sara hidup ini sebagai politik,” katanya dipetik laporan Sinar Harian hari ini.

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebaliknya kerajaan sudah mengambil segera bagi menangani isu kenaikan harga barang dan menyifatkan tuduhan liar tersebut dibuat tanpa mengetahui gambaran sebenar berhubung langkah yang sudah diambil kerajaan.

“Dia tak faham tapi dia kata orang bangang. Kalau saya kata dia bangang nanti, macam mana? Dia mungkin tak tahu apa yang dia cakap.

“Yang ditubuhkan baru-baru ini adalah Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sebab kita akan menghadapi inflasi. Sebab itu kita tubuhkan dulu jawatankuasa untuk hadapi inflasi, yang mungkin dijangka tahun hadapan.

“Sekarang ini kurang berlaku inflasi sebab kerajaan masih banyak bagi subsidi. Bermakna dia jangan salah faham. Kita tak bangang, dia mungkin lah, nak cakap apa tak sedap juga faham-fahamlah,” katanya lagi.

Noh terdahulu merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-36 Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (Kopenas) Berhad di Hotel Concorde pada Ahad.

Dalam pada itu, Noh turut menafikan dakwaan kerajaan tidak membuat persediaan awal untuk menghadapi situasi peningkatan harga barangan.

Ujarnya, kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang turut disertai oleh badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan pandangan berhubung situasi semasa.

“Kita bincang bagaimana nak mengurangkan atau mengatasi kos kenaikan harga barang kemudian kabinet turut menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara.

“Kita tahu ayam dulu harganya RM8.90 kerana tertakluk kepada Akta Kawalan Harga ketika itu yang dikenakan pada hari raya kemudian disambung sehingga bulan Julai, begitu juga barangan lain. Jadi, tugas jawatankuasa ini apabila Akta Kawalan Harga ditamatkan.

“Siapa yang kata kita tidak bersedia menghadapi masalah ini,” soalnya.

Semalam, Anwar Ibrahim kerajaan Ismail Sabri kerana lambat bertindak dalam menangani kenaikan harga barang yang dihadapi rakyat ketika ini.

Anwar melabel kerajaan Ismail Sabri sebagai “bangang” kerana tidak mengambil langkah awal dalam membendung kos sara hidup rakyat, kritikan keras itu hadir menjelang tamatnya perjanjian memorandum persefahaman (MoU) pada 31 Julai ini.

“Harga barang sudah naik enam bulan sebelum Raya Puasa, ini nak masuk Raya Haji, lepas ini Raya Cina, baru minggu lalu tubuh jawatankuasa Kabinet, ini kerajaan apa?

“Saya pernah beberapa tahun dalam kementerian, dengar saja nak naik harga barang, sebelum naik sebulan, dua bulan sebelum nak raya kita tubuh jawatankuasa Kabinet tangani masalah, jadi boleh kawal harga.

“Sekarang harga sudah naik melambung RM13, RM14 1kg ayam baru buat jawatankuasa Kabinet…’bangang’, tak membantu sama sekali masalah rakyat, tak prihatin,” katanya semalam.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
4 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
23 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok