Selangor boleh jadi ‘Super Smart State’ dengan manifesto ditawar PN: Azmin

August 5, 2023 · Politik

Tawaran yang dibuat Perikatan Nasional (PN) kepada pengundi Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan 12 Ogos ini berpotensi menjadikan negeri itu sebagai ‘Super Smart State’.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan tawaran realistik yang dibuat gabungan itu kepada rakyat Selangor mampu memberi impak tinggi, malah dapat menarik pelabur asing yang berkemahiran dan berteknologi tinggi, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan berkualiti.

Katanya, kerajaan negeri hari ini gagal menarik pelabur berteknologi tinggi, malah pelaburan yang ada masih berintensifkan tenaga pekerja asing.

“Kalau ini berterusan, tidak mungkin anak-anak muda di Selangor ini dapat mencipta atau diberikan peluang untuk mendapatkan pekerjaan berkualiti dan kemahiran tinggi.

“Maka antara cadangan yang kita tawarkan adalah tarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi seterusnya cipta 100,000 pekerjaan yang berkualiti. Tawaran diberikan ini memang boleh dilakukan..kita ada pengalaman,” katanya ketika sesi dialog selepas Majlis Pelancaran Tawaran PN Negeri Selangor malam tadi.

Beliau berkata, Selangor pernah mencatat prestasi baik tahun lalu ketika beliau masih di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Saya membawa Amazon Web Services (AWS) masuk ke Selangor walaupun Selangor bukan ditadbir PN, kita tetap membawa pelaburan bernilai RM25 bilion ke negeri ini.

“Kalau kita boleh buat ketika itu, Insya-Allah ketika rakyat memberikan mandat pada 12 Ogos ini dengan pengalaman saya dan teman-teman..saya yakin kita boleh angkat negeri Selangor ke tahap lebih tinggi,” katanya lagi.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor membabitkan nilai lebih RM2 bilion sebagai tawaran PN.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023· Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok