Sejarah gantung dan pecat berulang, PAU esok dijangka pecat Annuar dan Shahidan

March 28, 2021 · Politik

Nampaknya UMNO tidak pernah belajar daripada kesilapan dan peristiwa gantung kemudiaan pecat pengkritik parti bakal berulang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) kali ini.

Skrip sama insiden pada 2016 dimana Timbalan Presiden UMNO ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa lagi pemimpin tertinggi parti lain yang dipecat akan berulang cuma kali ini wataknya berbeza.

Ketika itu, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk memecat Muhyiddin dan sekarang penggantinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula meneruskan legasi tindakan gantung dan pecat ini semata-mata untuk mengertak akar umbi UMNO supaya tunduk dan menjadi ‘pak turut’ kepada arahan Presiden sahaja.

Mangsa pertama, Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz secara sah digantung keahlian selama enam tahun. Apakah petandanya ini? Ini adalah petanda Zahid dan konco-konconya cuba menutup mulut dan mendiamkan individu-individu yang lantang mengkritik Presiden kerana keputusan yang tidak menguntungkan parti.

Sumber memberitahu Agenda Daily, esok semasa ucapan dasar Presiden sesuatu yang besar bakal berlaku dan dijangkakan dua pemimpin berpengaruh dalam UMNO bakal dipecat, menerima nasib sama seperti Muhyiddin pada 2016 lalu.

Dua individu yang dikatakan bakal dipecat adalah bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana kelantangan mereka mengkritik Presiden UMNO secara terbuka.

Annuar semasa awal perasmian pembukaan PAU pagi Sabtu juga secara terbuka mendakwa jurucakap semasa persidangan kali ini sudah ditukar mengikut kesesuaian menyokong Presiden dan Shahidan juga mempertikai mengapa UMNO membincangkan isu kerjasama dengan Bersatu sedangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya dijangka dilaksanakan dua tahun lagi.

Dijangkakan pemecatan akan dibuat dalam dewan ketika ucapan dasar Presiden, Ahmad Zahid.

Sumber memberitahu ia suatu yang luar biasa berlaku dalam PAU apabila keputusan tersebut akan diumumkan dalam dewan dan kemungkinan perwakilan yang hadir akan diminta untuk mengundi terus bagi mengesahkan pemecatan tersebut.

Selain itu, jelas sumber lagi, usul untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu akan dibawa selepas ucapan Ahmad Zahid dan proses untuk meluluskan usul tersebut juga akan dibuat serta-merta.

“Kemungkinan sesuatu yang besar akan berlaku selepas ucapan dasar Presiden dan tunggu esok nasib Annuar dan Shahidan,” kata sumber itu.

Untuk rekod, Shahidan adalah Pengerusi PR1MA manakala Annuar pula Menteri Wilayah Persekutuan.

Sumber tidak menolak rancangan ini mungkin dirancang oleh bekas presiden UMNO, Najib dan cuma kini Ahmad Zahid menjadi tukang mencatur strategi dalam UMNO.

“Ya, mungkin Najib yang menasihati Ahmad Zahid untuk mengambil langkah sedemikian. Ia bukan lagi rahsia apabila kedua-dua mereka ini berpakat menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri tapi tidak berjaya,” ujarnya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok