Sebagai ahli baharu tidak adil Khairuddin jadi calon UMNO

November 1, 2022 · Politik

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini membuat kenyataan tidak akan sama sekali menyertai UMNO setelah keluar daripada PAS, hari ini secara tidak langsung disahkan sebagai ahli parti itu.

Pengesahan itu dibuat seorang jurucakap UMNO Bahagian Kuala Nerus dalam kenyataan disiarkan BH, ketika mengulas sama ada Khairuddin dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam kenyataan disiarkan akhbar itu, jurucakap berkenaan berkata nama Khairuddin tiada dalam senarai calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus untuk PRU-15 pada 19 November ini.

Jurucakap itu berkata, sebagai ahli baharu UMNO, sudah tentunya tidak adil jika Khairuddin dicalonkan mewakili BN untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

Sebaliknya, dua nama yang disenaraikan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus adalah Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dr Apli Yusoff dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman.

Jika Khairuddin tersenarai sebagai calon, jentera pilihan raya parti akan menjalankan tugas dalam keadaan malap untuk berkempen, katanya.

“Kita di peringkat bahagian menyerahkan keputusan mengenai calon mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus kepada Majlis Tertinggi (MT) dan Top-5.

“Setakat ini hanya Apli yang juga Ketua UMNO bahagian dan Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir tersenarai sebagai calon untuk bertanding di Parlimen Kuala Nerus,” katanya lagi.

Pada pertandingan tiga penjuru PRU-14, Khairuddin yang bertanding atas tiket PAS memenangi kerusi dengan majoriti 8,447 undi selepas memperoleh undi 37,975 menewaskan calon BN, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang memperolehi 29,527 undi dan calon PKR, Abdullah Muhamad yang hanya memperolehi 4,604 undi.

Mengulas desas-desus Khairuddin tersenarai sebagai calon BN, jurucakap itu mengakui pembabitan penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus dalam beberapa program dianjurkan UMNO dan menghadiri mesyuarat MT menjadi punca namanya dikaitkan.

Katanya, Khairuddin hanya bertanggungjawab membantu BN memenangi kerusi termasuk diundang sebagai penceramah.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok