Sanusi nafi perkecil kaum wanita, orang luar tak faham dialek Kedah

November 13, 2022 · Politik

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan telah memperkecilkan kaum wanita susulan menggunakan panggilan ‘betina’ terhadap calon wanita parti lawan bagi Parlimen Sik.

Ketika berucap pada Ceramah Perdana PRU-15 Parlimen Alor Setar malam tadi, beliau menjelaskan ucapannya itu dihakimi oleh orang yang tidak memahami dialek dan bahasa penduduk Sik sedangkan ia perkataan biasa digunakan di kawasan itu.

Katanya, di Sik mereka memanggil wanita sebagai ‘tino’ dan lelaki sebagai jantan.

“Depa habaq saya ini menghina wanita sebab saya kata ceramah di Sik, saya ceramah bahasa kampung. Orang Sik tak sebut ‘ayaq’, dia sebut ‘a’. tak sebut masa, depa sebut ‘periang’. Tahu tak? Ha hangpa tak tahu. Depa (pihak tuduh beliau hina wanita) pun tak tahu tapi depa buat macam tahu.

“Nak terjemah ceramah orang Sik, hangpa kena masukkan kaki hangpa dalam kasut orang Sik, baru boleh faham ceramah itu. Sebab saya ceramah di Sik, yang dengar itu semua orang Sik. Kalau di Sik ini, saya sebut wanita ke, perempuan ke, lelaki ke, orang gelak. Kami panggil ‘tino’, jantan saja.

“Saya kata calon ada tiga, satu jantan dari PN, dua lagi ‘tino’ dari PAN dan BN. Saya habaq (beritahu), orang Sik ini cari wakil rakyat dia tak kira periang (masa). Periang tu depa (orang yang tuduh) tak tahu dah. Periang itu masa atau waktu atau bahasa lain ‘time’. Kadang-kadang 3 pagi dia panggil wakil rakyat dia mai (datang). Saya tahu sebab saya wakil rakyat di Sik, saya ADUN di Jeneri, sampai la ni (sekarang),” katanya.

Sebelum ini, calon BN bagi Parlimen Pendang, Datuk Suraya Yaacob mempertikaikan ceramah Sanusi di Sik yang seolah-olah merendahkan martabat wanita yang akan bertanding di PRU-15.

Dalam klip video yang tersebar, Sanusi berkata calon wanita tidak mampu untuk melaksanakan tugas sebagai ahli Parlimen di kawasan tersebut  kerana geografinya serta tuntutan terhadap wakil rakyat di situ yang perlu ‘bekerja’ tanpa mengira masa.

Mengulas lanjut Sanusi berkata Suraya sewajarnya belajar bahasa Kedah terlebih dahulu sebelum menghakimi ceramah yang menggunakan dialek negeri itu.

“Calon BN Pendang kata saya merendahkan martabat wanita kerana panggil calon parti lain itu betina. Saya bukan kata betina, saya kata ‘tino’. Lain tau. Dia (Suraya) seolah-olah cuba menggambarkan saya ini menjalangkan calon itu. Bukan.

“Dia ini pun bukan orang Pendang, orang KL (Kuala Lumpur). Dia ini jadi wakil rakyat di Kedah tapi cakap Kolumpo (Kuala Lumpur). Saya tak boleh (dengar), saya tak boleh (dengar). Dia kata patut sebut wanita atau perempuan. Dia tak tahu kalau dia sebut di Sik orang gelak guling.

“Jadi tak usahlah ambil kesempatan macam itu. Saya minta dia pakai kasut orang Sik dulu sebelum dia pakai kasut saya untuk hakimi ceramah saya. Saya minta dia betulkan lidah dia dulu. Cakap Kedah pun tak lepas lagi, nak pergi Sik macam mana,” katanya.

Dalam ceramah berasingan, Sanusi sempat bergurau berasa susah hati apabila calon Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar turut mengulas soal kenyataannya yang disensasikan itu.

“Orang Kolumpo, NGO termasuklah adindaku Nurul Izzah pun ulas juga. H ini yang kanda susah hati ni. Kalau puak lain ulas tak apa, adinda dok ulas, kanda susah hatilah.

“Kanda bukan kata kat (pada) dinda, kanda cakap (cara) kampung kanda. Kampung kanda cakap macam itu nak buat bagaimana. Perempuan tidak disebut perempuan, disebut ‘tino’, lelaki disebut jantan. Sudah begitu nak buat macam mana,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak pernah berniat untuk memperkecilkan kemampuan dan peranan wanita di negara ini.

“Yang mengaji (belajar) pandai sekarang ini di universiti, semuanya perempuan. Yang rajin baca buku, semuanya perempuan. Saya masuk perpustakaan dua tiga bulan lepas, semua dalam itu budak perempuan baca buku,” katanya.

Parlimen Sik menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PN, Ahmad Tarmizi Sulaiman, calon PH, Datuk Latipah Md Yatim dan Maizatulakmam Othman @ Ibrahim (BN)

Berita berkaitan
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
7 jam lalu· Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Hormat demokrasi dan hak rakyat pilih PN, jangan menghukum: Sanusi
August 14, 2023· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
7 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
7 jam lalu · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
15 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
16 jam lalu · Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok