Saifuddin tak ulas isu surat RoS tular kepada UMNO, pertahan keputusan pengecualian

March 8, 2023 · Politik

Tiada jawapan diberikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung surat tular Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang dihantar awal kepada UMNO.

Semalam, tular surat RoS yang dihantar awal kepada UMNO didakwa tidak mengabsahkan usul tambahan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi parti itu sebelum keputusan Saifuddin dalam satu kenyataan semalam memberikan pengecualian mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966.

Di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin berkata tindakan menggunakan peruntukan itu bukan keputusan peribadinya, sebaliknya ia telah mengambil kira semua proses yang dijalankan RoS, UMNO serta pandangan pegawai di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 ini memberi kuasa secara khusus kepada menteri untuk membuat beberapa pengecualian.

“Di kementerian, kita ada pegawai undang-undang dan pegawai berkenaan. Ia bukan soal menteri secara peribadi membuat keputusan.

“Bila kita gunakan Seksyen 70, pengecualian itu terarah kepada pematuhan Seksyen 13 dalam Akta Pertubuhan 1966,” katanya di Dewan Rakyat semasa menggulung perbahasan Belanjawan 2023.

Saifuddin juga berkata sekiranya masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, beliau menegaskan ahli UMNO yang membuat aduan kepada RoS boleh mencabar pengecualian berkenaan di mahkamah.

“Pilihan seterusnya, jika pengadu tidak berpuas hati dan mengatakan menteri melampaui batas kuasa, pilihan yang ada adalah dia mesti mengemukakan asas pernyataan dan afidavit mengikut saluran undang-undang.

“Kami (KDN) akan diminta menjawabnya, dan kemudian mahkamah adalah saluran yang akan menentukannya,” katanya lagi.

Saifuddin dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Berita berkaitan
Najib diberi pelepasan terima rawatan di HKL, kata Saifuddin
March 22, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
March 20, 2023· Politik
MT UMNO boleh singkir Presiden tetapi mustahil untuk dilaksanakan: Noh
March 15, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok