RUU anti lompat parti dibentang mula dibahas pada Rabu: Wan Junaidi

July 25, 2022 · Politik

Undang-undang berhubung anti lompat parti akan dibentang pada 27 dan jika tiada halangan akan digulung keesokan harinya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata Rang Undang-Undang (RUU) berhubung peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti itu juga, telah menjalani banyak sesi libat urus sejak Januari lepas, sekali gus sudah lazim diketahui dalam kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

Tambah beliau, corak bagi RUU itu juga berlainan jika dibandingkan dengan undang-undang sedia ada, berikutan ia dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas dan dicetak oleh pihak Parlimen, dan bukannya dibuat dari kamar Jabatan Peguam Negara.

“Jadi saya nak jelaskan di situ, prosedur RUU itu sendiri, semua Ahli Parlimen sudah tahu. Insya-Allah, pada 27 ia akan dibahas dan pada 28 petang, jam 2.30, insya-Allah saya akan menggulungnya.

“Kalau tiada halangan, Ahli Parlimen setuju (dengan RUU itu), kita akan dapat menamatkan dan menyelesaikan perkara itu sebelum pukul 5.30 petang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis anugerah Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) 2021 di sini, hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan, libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersama Ahli Dewan Rakyat kerajaan, akan diadakan pada 25 Julai dan libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat pembangkang pada keesokan harinya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai akta berhubung kebankrapan, beliau berkata kerajaan sedang mengkaji mekanisme mengikut model negara lain, untuk menangani masalah muflis dengan berkesan.

Katanya, walaupun kerajaan sudah meningkatkan nilai ambang dari RM50,000 ke RM100,000 pada 2020, namun beliau berpendapat meningkatkan nilai ambang baharu kepada jumlah yang lebih tinggi kini, adalah bukan satu penyelesaian yang baik, khususnya dengan kesan susulan impak Covid-19.

“Walaupun ia (peningkatan nilai ambang) boleh bertahan buat sementara tetapi kita perlu mencari mekanisme terbaik mengikut model negara lain… Dan kajian ini sudah dibuat, saya tidak boleh berjanji bila satu-satu pindaan boleh dibuat, menerusi libat urus dengan semua pihak, Bank Negara Malaysia (BNM), persatuan bank dan sebagainya.

“Kita mesti ingat satu perkara yang penting, kita sedang bergerak ke arah negara usahawan menjelang 2030, kalau ramai sangat terbabit dengan muflis ini, anak belia kita lari daripada berusaha, akan membantutkan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara peniaga,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan undang-undang berhubung muflis itu diwujudkan pada zaman British, dan belum pernah diubah secara menyeluruh.

Berita berkaitan
TV Pertiwi akan diambil tindakan selepas keluar kenyataan: SKMM
August 27, 2023· Isu semasa
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023· Uncategorized
Pemansuhan hukuman mati mandatori kuat kuasa hari ini
July 4, 2023· Isu semasa
Dewan Negara: 31,140 belia bawah 35 tahun bankrap sejak 2014
June 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok