Rafizi mahu saman pengikut Setpol Anwar lempar fitnah

July 12, 2021 · Politik

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwanya bersekongkol dengan Setiausaha Politik Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang melemparkan fitnah terhadapnya.

Bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam ciapan di akaun Twitternya mendakwa bekas stafnya di Invoke, Purnima Wijendra yang menggunakan nama @purryness dalam akaun Twitter membuat fitnah kononnya dana yang dikumpul Rafizi daripada orang awam sudah kehabisan dan ia dikatakan menjadi puncanya mahu kembali dalam arus politik.

“Finally the SOTONG is showing his true colours. Wait and watch the real him. Probably the public funding that he collected during GE14 has depleted and that’s why he is trying to make his way back to politics. (Terjemahan: Akhirnya SOTONG menunjukkan sifat sebenarnya. Tunggu dan lihat sifat sebenarnya. Kemungkinan dana awam yang dikumpulnya semasa PRU14 sudah kehabisan dan ia punca beliau cuba kembali masuk semula dalam politik),” kata Purnima dalam ciapannya.

Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati Rafizi dan mahu bertindak menyaman individu tersebut dan mendakwa bekas stafnya itu kini sudah bersama dengan Farhash dalam mengkritiknya.

“@thepurryness was an ex-staff of @invokeisdata who was sacked for non-performance. (Terjemahan: Beliau adalah bekas staf di Invoke, sebuah syarikat yang ditubuhkan Rafizi)

“She has since been spreading lies out of vendetta. I had instructed my lawyers to initiate legal action for defamation. It’s time to put a stop to characters like this. (Beliau menyebarkan penipuan sebagai tindak balas. Saya sudah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menfitnah. Sudah tiba masanya untuk menghentikan orang sebegini),” kata Rafizi membalas ciapan Purnima itu.

Menurut Rafizi, individu tersebut kini sudah bersekongkol dengan orang kanan Anwar sekarang dan sering menyebarkan khabar angin tidak benar.

“She has now allied herself to @anwaribrahim’s Political Secretary and is often used to spread rumours like this (Terjemahan: Beliau kini berpakat dengan Setiausaha Politik Anwar dan sering menyebar khabar sebegini),” kata Rafizi.

Rafizi juga menjelaskan jumlah sumber kutipan dana dari 2016 hingga 2018 hanya RM10 juta dan terpaksa menggunakan wang tunai sendiri sebanyak RM2.5 juta untuk memastikan operasi Invoke terus bertahan, ia tidak sebenar seperti yang didakwa oleh Purnima.

Pergaduhan secara terbuka ini bukan kali pertama melibatkan Rafizi dan Farhash, sebelum ini beliau membayangkan kewujudan satu lagi kumpulan kartel dalam PKR yang didalangi Farhash.

Pada 2019, Rafizi mengumumkan tidak akan kembali ke arena politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sudah sampai masanya mempelajari kehidupan baharu kerana proses pembelajaran itu akan menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.

Nama Rafizi terkenal selepas mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan dihukum penjara 30 bulan tetapi dibebaskan kemudiaannya selepas kemenangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Farhash menjadi orang kanan baharu kepada Anwar yang juga dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak yang dikaitkan dengan kumpulan baju hitam dalam parti tersebut.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
12 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok