Rafizi kata PKR, PH gagal, kembali ke gelanggang tanding Timbalan Presiden

March 15, 2022 · Politik

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan hasrat untuk kembali aktif dalam arena politik dengan bersedia merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti akan datang.

Keputusan bekas Ahli Parlimen Pandan itu dibuat selepas melihat PKR dan Pakatan Harapan (PH) kini menjadi parti ketiga dan gagal dalam empat pilihan raya sebelum ini, termasuk yang terbaru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurutnya ia berdasarkan keputusan PRN Johor yang menunjukkan PKR dan PH ketinggalan di belakang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), hanya tiga tahun selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selain itu, Rafizi berkata, keputusan itu dibuat selepas berfikir panjang susulan mendapat desakan daripada pendukung PKR dan PH dalam kalangan rakyat biasa supaya beliau kembali ke gelanggang politik.

“Pada pandangan saya, dengan perkembangan terbaharu, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada dalam bahaya jika PKR dan PH terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

“Atas kesedaran itu, saya membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rafizi menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan langkah penggabungan antara parti politik semata-mata untuk mendapatkan kuasa, yang mendorongnya untuk tidak lagi aktif dalam politik sebelum ini.

Katanya, beliau enggan terbabit dengan taktik pimpinan PKR dan PH untuk membawa mana-mana Ahli Parlimen yang sanggup menukar kesetiaan demi mendapatkan angka sokongan mencukupi untuk mengembalikan pentadbiran PH dan meningkatkan peluang memenangi PRU-15.

“Malangnya, dari satu khemah ke khemah lain, ketaksuban kepada strategi gabungan politik ini makin menjauhkan PKR dan PH daripada rakyat. Apabila hari ini kita mengkritik dan kemudian esoknya kita berpacaran dengan orang yang kita kritik, lama-lama rakyat merasakan ini semua hanyalah drama Keluarga 69.

“Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepada membentuk gabungan, usaha mengangkat derita rakyat dan menawarkan penyelesaian menjadi semakin sepi,” katanya.

Rafizi yakin PKR dan PH hanya dapat menambat kembali hati rakyat jika kembali berjuang untuk memudahkan kehidupan harian mereka, meskipun cara itu lebih memenatkan berbanding ‘berbincang di meja rundingan atau di restoran mahal mengenai gabungan politik.’

“Saya berpendapat kegilaan mencatur sokongan di peringkat atas sehingga PKR dan PH nampak terpisah dan kaku dari suara rakyat akan dihukum oleh rakyat. Jika PKR dan PH ingin menambat kembali hati rakyat, kembalilah berjuang habis-habisan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
3 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
23 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok