Puad sokong Zahid kekal Presiden, tak perlu buat pemilihan semula

August 25, 2023 · Politik

Pemilihan semula tidak perlu diadakan kerana ia baharu sahaja dijalankan sebelum ini, kata Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menyokong Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal menggepalai parti itu yang mengalami kekalahan teruk semasa enam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dan menolak cadangan supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) didakan bagi melakukan semula pemilihan parti.

Puad berkata, pemilihan telah dibuat tahun lalu daripada jawatan Naib Presiden hingga kepada cawangan.

“Pada saya tidak perlu. Pemilihan parti telah dibuat tahun lalu dari peringkat Naib Presiden sampai ke cawangan. Naib Presiden orang baru dan majoriti Ketua Bahagian juga orang baru.

“Bahkan selepas UMNO hilang kuasa pada tahun 2018, pemilihan parti dibuat dari atas sampai ke bawah. Zahid kalahkan KJ dan Tengku Razaliegh,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.

Beliau mengulas gesaan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah supaya pemilihan parti diadakan semula bagi mendapatkan sokongan majoriti ahli parti itu.

Puad juga berkata, EGM tidak perlu dilakukan hanya bagi memutuskan pemilihan parti sebaliknya apa yang UMNO perlu lakukan ‘bedah siasat’ terhadap keupayaan parti itu.

“Pemilihan tetap berlaku. Tahun lalu parti yang putuskan tidak ada pertandingan nombor 1 dan 2.

“Lebih baik buat post mortem terperinci di semua peringkat dan laksanakannya. Lebih mikro dan fokus,” katanya dalam kenyataan.

Tengku Razaleigh minggu ini berkata, pemilihan perlu diadakan semula untuk menghidupkan semula UMNO susulan prestasi buruknya dalam PRN 12 Ogos lalu.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, parti hanya akan mengalami pembaharuan sebenar menerusi proses pemilihan.

UMNO baru mengadakan pemilihan parti 2022 lima bulan lalu. Jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan selepas perhimpunan agung parti meluluskan usul tidak bertanding pada Januari lalu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
4 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
21 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok