PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful

October 6, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) akan mempertahankan semua kerusi yang disandangnya sama ada pada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pada masa sama, PN juga bersedia bertanding di kerusi yang dianggap boleh menang, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata keputusan berhubung pembahagian kerusi pula akan diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita tunggu pengumuman rasmi,” katanya ditanya mengenai mesyuarat bulanan PN yang diadakan di ibu pejabat parti itu, yang disusuli dengan mesyuarat Biro Politik Bersatu.

Untuk rekod, PN yang dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, STAR, SAPP dan disokong wakil rakyat Bebas mempunyai hampir 50 Ahli Parlimen.

Semua kerusi itu dimenangi ketika PRU-14 pada 2018, yang menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kalah teruk, susulan beberapa skandal kewangan yang melibatkan pemimpin tertinggi gabungan itu.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata mesyuarat mulai jam 3 petang hingga 8 malam itu, turut membincangkan persiapan serta koordinasi jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU-15.

“Bincang juga calon dan kerusi yang akan ditandingi. Banyak perkara yang dapat diselesaikan malam ini,” katanya lagi.

Difahamkan, mesyuarat itu turut menetapkan semua jentera PN akan bergerak di bawah nama gabungan itu pada PRU-15 nanti.

PN juga akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi mengulas isu semasa, termasuk menganjurkan program gerai prihatin bagi meringankan beban rakyat berdepan kos sara hidup tinggi.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir dalam mesyuarat itu menyuarakan keyakinan bahawa parti itu akan terus berada di dalam PN.

“Jadi, saya fikir tak ada isu. Bukan sekadar dalam konteks PRU, tetapi kerangka lebih besar daripada PRU. Mana-mana kita boleh pakat dalam politik. Bagi saya, dalam politik ni, kurangkan musuh ramaikan kawan. Itu asas,” katanya.

PAS akan bermesyuarat Sabtu ini untuk memilih bersama UMNO atau PN bagi menghadapi PRU-15.

Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua dan menetapkan tiga syarat kepada PAS jika mahu menjalin kerjasama politik bagi menghadapi PRU-15.

Tiga syarat kepada PAS ialah:

  • PAS perlu keluar daripada gabungan PN;
  • Memutuskan hubungan politik dengan Bersatu; dan
  • Mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
7 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok