PRU-15: Menteri, pemimpin digugur UMNO mungkin tanding bawah PAS

October 31, 2022 · Politik

UMNO diselubungi spekulasi bahawa beberapa pemimpin kanan, termasuk penyandang bertaraf menteri, bakal digugurkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Dua menteri penuh yang disebut-sebut bakal digugurkan ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba; serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Sumber memberitahu bahawa lebih ramai daripada pemimpin bertaraf timbalan menteri akan digugurkan kerana bukan daripada kem Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya dari kem Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO.

Antara nama lain yang bakal diketepikan menjelang hari penamaan calon 5 November ini ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Perlis.

Sumber dalaman UMNO tidak menolak kemungkinan menteri, timbalan menteri dan penyandang kerusi yang tidak dicalonkan akan bertanding pada PRU itu nanti.

“Mereka tidak akan bertanding sebagai calon Bebas, tetapi atas tiket PAS. Atau menyokong PN secara diam-diam,” katanya.

Shahidan, Zahidi dan Annuar adalah nama-nama besar banyak mengkritik parti itu ketika dipimpin Zahid, namun UMNO tidak mengambil tindakan terhadap mereka lebih awal kerana bimbang hilang pengaruh.

Spekulasi itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, menyusul ‘amaran’ Zahid kepada pemimpin “besar kepala” dalam parti itu yang akhirnya akan menyedari bahawa semua yang mereka peroleh sebelum ini adalah kerana UMNO.

Walaupun Zahid berdepan bangkangan dan cabaran terhadap kepimpinannya sebagai sebahagian daripada politik berpuak-puak dalam UMNO, beliau kekal sebagai presiden parti yang bertanggungjawab meluluskan senarai calon PRU-15.

Untuk rekod, Zahid sebagai Pengerusi BN adalah satu-satunya individu yang akan mengelurakan watikan pencalonan calon BN yang akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain daripada pemimpin yang disebut di atas, sumber itu berkata seorang Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri, juga tidak akan dicalonkan, dan ianya akan mengejutkan UMNO serta BN.

Bagaimanapun, sumber berkata keputusan itu mungkin berubah sehingga hari penamaan calon pada 5 November, dan beberapa daripada mereka yang menghadapi tindakan mungkin masih boleh membuat pembelaan kes mereka sehingga itu.

Awal hari ini, dilaporkan BN akan mendedahkan 222 calonnya untuk pemilihan November akan datang seawal esok.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, yang disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Gerik, memberitahu NST bahawa identiti calon-calon itu adalah sekunder kepada parti yang mereka wakili.

Berita berkaitan
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
10 jam lalu· Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
10 jam lalu· Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
19 jam lalu· Politik
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
10 jam lalu · Politik
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
24 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023 · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok