PRN: Tiada laporan kempen isu 3R diterima setakat ini

August 12, 2023 · Politik

Tiada sebarang laporan diterima setakat ini membabitkan isu agama, raja dan kaum (3R) sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata kesalahan paling banyak dikesan di sepanjang PRN ini adalah membabitkan kesalahan khianat, lapor Bernama.

“PDRM paling banyak terima laporan khianat seperti kerosakan poster, fitnah, persembahan kilat berkumpulan (flash mob) atau perhimpunan tanpa permit.

“Sebanyak 131 kertas siasatan pelbagai kesalahan PRN dibuka di enam negeri dan 1,770 laporan polis diterima sehingga malam tadi,” katanya dalam sidang media khas selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Klang Gate di sini hari ini.

Ayob Khan berkata setakat ini proses pengundian di enam negeri terkawal dan tiada sebarang insiden berlaku.

“Orang ramai diminta keluar mengundi awal hari ini kerana cuaca tidak menentu, selain mengelakkan kesesakan trafik serta diminta mematuhi arahan polis yang bertugas di pusat-pusat pengundian,” katanya.

Ayob Khan berkata untuk penugasan keanggotaan PRN di enam negeri seramai 35,000 bantuan sumber manusia dari luar terlibat membantu kontinjen-kontinjen negeri terbabit dan daripada jumlah itu, 5,226 keanggotaan adalah bertugas di Selangor.

“Selain itu, kami juga telah mengatur gerak team-team Op Cantas di kawasan hotspot yang dikenal pasti berpotensi berlaku kekecohan.

“Setelah kami membuat penilaian pentafsiran awal di tempat-tempat berkenaan (kawasan hotspot) sememangnya perlu diberi perhatian khusus kerana berkemungkinan boleh berlakunya ketegangan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata PDRM telah melalui pelbagai pilihan raya seperti pilihan raya umum dan PRN sebelum ini yang dilihat semakin matang.

“Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua pihak khususnya kepada penyokong-penyokong parti politik yang terlibat PRN di enam negeri untuk berfikir secara rasional.

“Saya minta mereka jangan ikut emosi dan kalau ada sebarang pelanggaran undang-undang PDRM akan mengambil tindakan tanpa mengira mana-mana parti politik sama ada parti kerajaan, parti pembangkang mahupun parti bebas,” katanya.

Sementara itu, proses pengundian di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, setakat ini juga dilaporkan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata seramai 4,333 pegawai dan anggota ditugaskan di pusat mengundi di seluruh negeri itu bagi memastikan kawalan keselamatan serta kelancaran proses mengundi di seluruh negeri itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pula berkata polis menggerakkan 15,000 pegawai dan anggota termasuk bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bermula semalam.

Jurucakap Media PRN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, SAC W. Pusphanathan berkata proses mengundi yang berlangsung hari ini di 334 pusat mengundi berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang baik pagi ini.

Katanya setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian tidak diingini dan keadaan trafik juga lancar tanpa kesesakan di mana-mana jalan untuk ke pusat mengundi serta pihaknya akan sentiasa memantau keadaanp dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
18 jam lalu· Isu semasa
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
13 warga asing ditahan berhubung siasatan kes bunuh peniaga buah
September 29, 2023· Isu semasa
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok