PRN: Kiraan undi bermula di enam negeri

August 12, 2023 · Politik

Semua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.

Bergantung kepada kedudukan kawasan pusat mengundi, beberapa pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat seawal jam 1 tengah hari sebelum pengundian berakhir pada 6 petang, menurut laporan Bernama.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke 186 pusat penjumlahan rasmi undi dan keputusan rasmi akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini.

Sebanyak 9,674,456 pengundi biasa daripada 9,773,571 pemilih berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya enam negeri hari ini yang menyaksikan 570 calon bertanding merebut 245 kerusi Dewan Uundangan Negeri (DUN).

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan Kelantan mempunyai 45.

Bagi PRK Kuala Terengganu pula, seramai 122,160 pengundi biasa daripada 123,575 pemilih berdaftar layak mengundi.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu satu.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.

Berita berkaitan
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
3 minit lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
22 minit lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok