PRN Johor, tiga bekas ADUN UMNO serah kepada Bersatu buat keputusan

January 26, 2022 · Politik

Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang melompat parti sebelum ini menyerahkan kepada pucuk pimpinan Bersatu untuk sama ada mencalonkan mereka semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti atau sebaliknya.

Untuk rekod, tiga bekas ADUN UMNO tersebut mengambil keputusan keluar parti dan menyertai Bersatu, mereka adalah ADUN Sedili, Rasman Ithnain; ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Rasman dan Alwiyah menyerahkan nasib mereka kepada pimpinan Bersatu sama ada mereka diletakkan semula sebagai calon PRN Johor yang bakal berlangsung pada masa terdekat.

Alwiyah berkata, beliau bersedia sekiranya terpilih semula sebagai calon kerana masih mahu berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan dimenanginya sejak 2018.

“Insya-Allah kalau diberikan peluang. Namun, terserah kepada parti Bersatu, sama kekal di kawasan Endau atau tempat lain,” katanya.

Dalam pada itu, Rasman pula menyerahkan nasib kepada kepimpinan Bersatu.

“Terserah kepada parti,” kata Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi itu.

Sementara itu, Rosleli enggan mengulas berhubung kedudukan iaitu akan dicalonkan semula atau sebaliknya.

Beberapa hari selepas keputusan PRU-14, ketiga-tiga ADUN terlibat yang menang atas tiket BN menyertai Bersatu selepas kekalahan BN buat pertama kali selepas 60 tahun menjadi kerajaan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat
January 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
4 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok