PRK: Mat Maslan gesa pengundi jangan sokong pembangkang, tak ada faedah

August 29, 2023 · Politik

Pengundi di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diminta jangan menyokong pembangkang, menurut Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata tidak ada faedah yang akan diperoleh pengundi jika mereka menyokong calon Perikatan Nasional (PN) pada dua PRK di Johor kali ini.

“Apabila kerajaan negeri dan pusat ditubuhkan, Pulai dan Simpang Jeram perlu berada dalam kerajaan bukan pembangkang.

“Jika pengundi menyokong PN (Perikatan Nasional) bererti mereka memilih pembangkang yang tak ada faedah apa pun,” katanya dipetik laporan media.

Ahmad atau dikenali sebagai Mat Maslan berceramah sempena kempen PRK DUN Simpang Jeram di Taman Sri Kaseh malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad juga yakin sokongan rakyat kepada PN akan terhenti setakat empat negeri kerana rakyat hari ini lebih bijak memilih untuk bersama 10 negeri di bawah kerajaan campuran.

“Kalau mereka menang pun, yang saya kira mereka tak menang daripada (sekarang) 148 kerusi Parlimen, tolak satu, jadi 147, sedangkan nak memerintah kena ada 112 kerusi jadi, macam mana kiraan matematik mereka tu? Tak masuk akal.

“Kerusi (DUN) di Johor ini 56, hari itu (ketika PRU) kita (BN) menang 40. Lepas itu sekarang ini 53 (PH, BN, Muda), macam mana kalau ditolak (kalah) satu jadi 52 daripada 56 kerusi mereka boleh mengubah kerajaan negeri? Mereka ini kena masuk sekolah balik belajar matematik.

“Untuk empat negeri gelombang hijau itu mereka boleh mimpilah di situ (setakat itu). Saya kira rakyat cukup rasional untuk memilih kerajaan bukannya pembangkang,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata dua kerusi Pulai dan Simpang Jeram perlu dalam kerajaan di bawah Pakatan Harapan dan UMNO supaya setiap aduan rakyat dapat diselesaikan dengan mudah.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu· Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
24 jam lalu· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
24 jam lalu· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
4 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok