Presiden PAS disiasat Bukit Aman selepas ceramah dalam PRK

August 29, 2023 · Politik

Bukit Aman sedang menyiasat Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ekoran kenyataannya semasa ceramah di kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram baru-baru ini.

Hadi sedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa sepenuhnya selepas terdapat laporan polis dibuat penyokong Pakatan Harapan (PH) terhadap pemimpin utama PAS itu.

Menurut Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, pihaknya telah dihubungi Bukit Aman untuk mendapatkan keterangan daripada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen pilihan raya di Simpang Jeram, Johor.

“Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Tan Sri Tuan Guru, dan beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, katanya sebelum ini Hadi telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu siasatan.

“Dalam hal ini, Tan Sri Tuan Guru menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok itu.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Menteri Kesihatan perlu beri penjelasan calon BN Pengkalan Chepa guna sijil palsu?
November 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok