PN kecewa PM tak bersungguh memenuhi terma perjanjian, mahu jumpa bincang

July 28, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) hari ini menzahirkan rasa kecewa terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat tidak mempunyai kesungguhan untuk memenuhi tuntutan terma-terma yang sudah dipersetujui sebelum ini.

PN yang bermesyuarat malam tadi secara terbuka menyatakan kekecewaan terhadap Ismail Sabri yang masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap terma perjanjian yang dimerterai bagi menyokongnya menjadi PM dan bakal bakal menghantar delegasi untuk berbincang berhubung isu tersebut.

“Mesyuarat juga melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan YAB Perdana Menteri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi termaterma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan Perikatan Nasional.

“Sehubungan itu, Perikatan Nasional memutuskan untuk menghantar delegasi untuk menemui YAB Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat,” kata kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial dokumen berhubung perjanjian yang dimeterai antara Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dengan Bersatu dan PAS.

Dokumen yang tular dalam platform media sosial Facebook mengesahkan terdapat terma berhubung jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), di samping perlu mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) selewat-lewatnya pada Julai tahun ini.

Dokumen Perjanjian tersebut juga ditandatangani dua saksi iaitu Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah dan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Selain perjanjian untuk melantik TPM, turut dipersetujui adalah berhubung isu pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, seorang lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mengetahui berhubung kewujudan perjanjian tersebut dan ia tidak pernah dibawa berbincang dalam mesyuarat.

“Setahu saya tidak pernah diberitahu (dalam MT). Dalam ‘Top Five’, biro politik pun setahu saya tiada. Tapi tidak pasti jika saya tidak hadir pada waktu itu,” katanya dipetik laporan media sebelum ini.

Untuk rekod, Mesyuasat Majlis Tertinggi PN semalam dipengerusikan oleh Pengerusi Parti, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dan dihadiri oleh semua Presiden parti anggota iaitu Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS), YB Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan (Presiden STAR), YB Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) dan YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau (Presiden GERAKAN) serta ahli-ahli Majlis Tertinggi PN.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
15 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok