PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?

July 1, 2022 · Politik

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat kejutan malam ini (1 Julai) apabila memberi ucapan pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Bersama Kepimpinan BN Sabah di Bangunan UMNO, Karamunsing, sedangkan beliau tidak dijadual berucap.

“Sebenarnya malam ini saya tidak berucap, sepatutnya saya diberi slot esok (di Konvensyen BN Sabah) tetapi saya minta maaf tidak dapat hadir…

“Saya berucap malam ini walaupun lima minit sebab dah ada orang kata Perdana Menteri disekat daripada berucap di Konvensyen BN Sabah.

“Apa berlaku malam ini jelas menunjukkan bahawa pihak di luar sedang cuba memecahbelahkan perpaduan sesama kita,” katanya pada majlis itu seperti dilapor Bernama.

Majlis itu turut dihadiri Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Datuk Arthur Joseph Kurup; dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan bahawa beliau adalah PM daripada BN, justeru sebarang tindakan menyerang beliau bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.

Katanya beliau juga adalah PM yang memimpin Kerajaan Persekutuan pada masa ini dan sebarang perbuatan menyerang kerajaan adalah umpama menyerang kerajaan pimpinan BN.

Ismail Sabri berkata ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hangat diperkatakan, pihak luar semakin rancak cuba memecahbelahkan perpaduan dalam BN.

Justeru, beliau mengingatkan semua ahli BN supaya sentiasa berusaha ke arah merapatkan perpaduan sesama sendiri serta meletakkan fokus yang jelas untuk menentang pembangkang dan bukan menyerang sesama sendiri.

“Jadi, apa sebab kita menyerang sesama sendiri kecuali kita nak berperang sesama sendiri dalam pemilihan parti. Sebab itulah pembunuhan karakter berlaku sebab kita nak ‘bunuh’ sesama sendiri kerana akan berlaku pertandingan sesama kita.

“Tetapi apabila kita sudah tentukan tidak akan berlaku pertandingan sesama kita tetapi akan berlaku PRU dulu, patut fokus kita mesti ke arah PRU, bila PRU itu kita akan bincang, saya akan bincangkan dengan kepimpinan tertinggi UMNO, bincang dengan kepimpinan BN, waktu itu kita putuskan,” katanya.

Perdana Menteri berkata walaupun pada masa ini masih belum diketahui bila PRU15 akan diadakan, semua ahli BN perlu siap sedia dan sentiasa menganggap seolah-olah pilihan raya itu akan diadakan esok.

Ismail Sabri berkata Konvensyen BN Sabah yang akan berlangsung esok selain menjadi medan untuk merapatkan saf dalam parti juga perlu menjadi wadah meletakkan hala tuju dan gerak kerja ke arah persediaan menghadapi PRU15.

“Saya tanya pada Bung (Moktar) dia kata ‘Sabah Tatap Ready’… saya dan rakan-rakan dalam kerajaan banyak isu (perlu) diselesaikan, harga barang, kos sara hidup.

“Pembangkang sekarang apabila dapat gambaran pilihan raya akan diadakan, akan memulakan momentum ke arah menentang kerajaan untuk menaikkan sentimen rakyat tentang kerajaan,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan akan terus cuba mengelakkan kenaikan harga barang yang melampau bagi memastikan rakyat tidak begitu tertekan.

Katanya lebih RM70 bilion dibelanjakan untuk memberikan subsidi kepada barangan tertentu dalam usaha mengawal kenaikan harga.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Popular
Tommy Thomas tak didesak pun letak jawatan selepas gugur pendakwaan
October 4, 2021
Kontroversi konsert adegan tak senonoh, Timbalan Menteri pertahan Fahmi tak perlu letak jawatan
July 23, 2023
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok