PH Johor perlu buka pintu rundingan dengan Bersatu, kata pemimpin Amanah Johor

January 25, 2022 · Politik

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad mencadangkan supaya Pakatan Harapan (PH) Johor membuka pintu rundingan dengan dengan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti.

Dzulkefly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar itu berkata persefahaman politik perlu dicapai dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak episod PRN Melaka berulang lagi, ia termasuk dengan membuka pintu rundingan dengan bekas rakan parti, Bersatu.

Tidak dinafikan terdapat isu berkaitan pengkhianatan, namun Dzulkefly berkata PH perlu memberi fokus kepada musuh utama yang satu dan perlu melihat realiti politik semasa.

“Persefahaman politik penting terutama melibatkan kerusi-kerusi yang parti pembangkang mempunyai potensi untuk menang. Hal ini penting sekaligus dapat mengelakkan situasi yang berlaku di PRN Melaka lalu.

“Kita juga masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan Bersatu.

“Kita boleh berbincang dan bawa perkara ini kepada Majlis Presiden PH. Mungkin akan timbul isu pengkhianatan sebelum ini sehingga kerajaan PH hanya bertahan 22 bulan, tetapi itu semua terpulang kepada Majlis Pimpinan PH untuk menentukan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Jelasnya lagi, jika tiada kerjasama antara parti pembangkang, ia hanya akan merugikan sekaligus mengurangkan peluang pembangkang untuk memenangi PRN Johor.

“Kita ada bincangkan perkara ini antara Amanah, PKR dan DAP. Selain itu, kita juga terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti pembangkang di luar Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama dalam satu blok.

“Ini termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) atau Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sekiranya mereka mahu bersama-sama dalam menghadapi PRN ini.

“Kita tidak mahu pembangkang bertembung sesama sendiri di mana pembangkang perlu bekerjasama di bawah khemah besar, satu ‘grand coalition’.

“Mungkin kita boleh namakan PH Plus atau sebagainya,” katanya lagi.

Untuk rekod, semasa berada dalam gabungan PH, Bersatu menang lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 17 kerusi yang ditandinginya, kebanyakkan calon Bersatu diletak melawan UMNO yang majoritinya pengundi Melayu.

Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan pembubaran DUN Johor bagi membolehkan PRN diadakan selepas Baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor pada Sabtu.

PRN Johor terpaksa diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan hanya menguasai 28 DUN manakala PH pula 27 kerusi daripada 56 DUN.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
16 jam lalu· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok