PH ada bincang guna simbol dacing dalam PRN Kelantan, Terengganu: Salahuddin

May 12, 2023 · Politik

Perbincangan untuk menggunakan simbol dacing yang digunakan Barisan Nasional (BN) ada dibincang dalam Pakatan Harapan (PH).

Penggunaan satu logo iaitu dacing disahkan Timbalan Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana terdapat permintaan dan cadangan daripada kepemimpinan BN dan PH supaya semua calon yang akan bertanding pada PRN menggunakan simbol keramat itu.

Jelasnya, isu penggunaan simbol sudah dibincangkan pimpinan parti pada beberapa siri mesyuarat di peringkat Pusat.

“Pimpinan semua parti dalam gabungan PH termasuk BN bebas mengeluarkan pandangan dan cadangan, terutama berkaitan penggunaan simbol parti.

“Keputusan mengenainya belum dimuktamadkan dan ia akan diputuskan dalam tempoh terdekat,” katanya dipetik laporan BH.

Salahuddin terdahulu meninja persiapan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani peringkat Terengganu.

Majlis itu dijadual dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) esok.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini berkata pihaknya belum memuktamadkan keputusan membenarkan parti sekutu dalam Kerajaan Perpaduan yang berhasrat menggunakan logo dacing pada PRN akan datang.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dulu biarpun pihaknya ada menerima hasrat mengenainya.

Mengulas mengenai isu calon, Salahuddin yang juga Naib Presiden PH berkata belum tiba masanya untuk diumumkan jumlah calon daripada mana-mana parti termasuk PH dan BN diumumkan memandangkan rundingan masih diadakan.

Berita berkaitan
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
11 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
42 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
51 minit lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok