Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi

July 28, 2023 · Politik

Seramai 23 calon baharu atau 51.1 peratus dinamakan Perikatan Nasional (PN) Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Calon-calon baharu yang ditampilkan PN Kelantan akan menjadi sandaran ke arah usaha mempertahankan kerajaan negeri daripada dirampas gabungan Pakatan Harapan (PH), DAP bersama UMNO pada PRN kali ini.

Daripada jumlah calon itu, PN mengetengahkan masing-masing 10 golongan ulama, teknokrat dan aktivis, manakala lapan calon daripada golongan profesional, lima calon orang muda serta dua calon wanita.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut mempertahankan kerusi masing-masing iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan dan DUN Panchor.

Pada masa sama, dua EXCO kerajaan negeri digugurkan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Mumtaz Md Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Tujuh lagi EXCO kekal dengan mempertahankan kerusi masing-masing.

Secara keseluruhan, senarai calon PN di Kelantan yang diumumkan Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyaksikan 39 kerusi daripada calon PAS, manakala enam kerusi calon daripada BERSATU.

Terdahulu, Ahmad dalam ucapannya menyifatkan PRN kali ini mencatatkan sejarah apabila mengetengahkan calon baharu yang paling ramai.

Malah, beliau berkata, calon yang ditampilkan juga terdiri daripada pelbagai bidang yang diyakini mampu mendapat sokongan pengundi.

“Calon yang diumumkan malam ini sudah melalui proses ‘pembersihan’ menerusi Majlis Syura Ulama.

“Kita harap calon yang ditampilkan mempunyai integriti yang tinggi bagi meneruskan legasi integriti kerajaan Kelantan selama 33 tahun.

“Insya-Allah, tiada dalam kalangan kita membuat fakta bohong atau kelentong serta sebagainya dalam tempoh berkempen dan kita juga mengharapkan mereka mendapat sokongan pengundi,” katanya.

Berikut adalah senarai calon PN di Kelantan

N01 – Pengkalan Kubur – Wan Roslan Wan Hamat

N02 – Kelaboran – Mohd Adanan Hasan

N03 – Pasir Pekan – Ahmad Yakob

N04 – Wakaf Bharu – Mohd Rusli Abdullah

N05 – Kijang – Dr Izani Husin

N06 – Chempaka – Nik Baharum Nik Abdullah

N07 – Panchor – Mohd Amar Nik Abdullah

N08 – Tanjung Mas – Rohani Ibrahim

N09 – Kota Lama – Zamri Ismail

N10 – Bunut Payong – Shaari Mat Yaman

N11 – Tendong- Rozi Muhamad

N12 – Pengkalan Pasir – Mohamad Nasrif Daud

N13 – Meranti – Mohd Nassuruddin Daud

N14 – Chetok – Zuraidin Abdullah

N15 – Gual Periuk – Kamaruzaman Mohamad

N16 – Apam Putra – Zamakhsari Muhamad

N17 – Salor – Saizol Ismail

N18 – Pasir Tumboh – Abdul Rahman Yunus

N19 – Demit – Asri Daud

N20 – Tawang – Harun Ismail

N21 – Pantai Irama – Huzaimy Che Husin

N22 – Jelawat – Zameri Mat Nawang

N23 – Melor – Wan Rohaimi Wan Daud

N24 – Kadok – Azami Mohd Nor

N25 – Kok Lanas – Mohamed Farid Mohamed Zawawi

N26 – Bukit Panau – Abd Fattah Mahmood

N27 – Gual Ipoh – Bahari Mohd Noor

N28 – Kemahang – Md Anizam Ab Rahman

N29 – Selising – Tuan Mohd Sarifuddin Tuan Ismail

N30 – Limbongan – Nor Asilah Mohamed Zain

N31 – Semerak – Norsham Sulaiman

N32 – Gaal – Muhamad Rodzi Jaafar

N33 – Pulai Chondong – Azhar Salleh

N34 – Temangan – Mohamed Fadzli Hassan

N35 – Kemuning – Ahmad Zahran Mohd Nor

N36 – Bukit Bunga – Mohd Almidi Jaafar

N37 – Ayer Lanas – Kamaruddin Md Nor

N38 – Kuala Balah – Abdul Hadi Awang Kechik

N39 – Mengkebang – Zubir Abu Bakar

N40 – Guchil – Hilmi Abdullah

N41 – Manek Urai – Mohd Fauzi Abdullah

N42 – Dabong – Ku Zaki Ku Husin

N43 – Nengiri – Mohd Azizi Abu Naim

N44 – Paloh – Shaari Mat Hussain

N45 – Galas – Mohd Tarmizi Abd Rahman

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok