Pendakwaan mohon tolak pasport Muhyiddin dipulangkan sementara

November 17, 2023 · Politik

Permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pasport antarabangsanya diserahkan kepadanya secara kekal perlu ditolak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berikutan bekas Perdana Menteri itu masih berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram selain terdapat risiko untuknya melarikan diri.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Wai Keong berkata Muhyiddin sepatutnya membuat permohonan di Mahkamah Sesyen untuk pelepasan pasport sementara dari semasa ke semasa sekiranya diperlukan untuk tujuan perjalanan ke luar negara, lapor Bernama.

“Oleh yang demikian, tiada isu untuk pelepasan pasport secara kekal wajar dipertimbangkan. Saya menegaskan bahawa permohonan pemohon (Muhyiddin) adalah tidak berasas, tidak munasabah dan menyusahkan proses mahkamah. Pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap pemohon sangat serius,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam afidavit balasan terhadap permohonan Muhyiddin, 76, agar mahkamah mengubah jaminan bon yang dikenakan terhadap pemohon supaya pasport antarabangsanya yang diserahkan kepada Mahkamah Sesyen sebagai syarat jaminan dilepaskan tanpa syarat.

Berhubung pertuduhan pengubahan wang haram, Lim berkata pertuduhan itu boleh berdiri dengan sendiri walaupun pertuduhan predikat (pertuduhan menggunakan kedudukan) telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 15 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Dalam afidavitnya, Lim turut menafikan wujudnya keadaan yang material dan ketidakadilan terhadap pemohon sekiranya syarat bon jaminan dikekalkan, kerana syarat itu telah dipersetujui oleh pemohon sendiri sebelum ini dan ia telah dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh mahkamah.

“Pemohon tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah, namun setiap kali tarikh sebutan, pemohon juga telah memohon pengecualian kehadiran ke mahkamah dan pihak responden (pendakwa raya) juga tidak pernah membantah permohonan pengecualian itu,” katanya.

Menurut Lim, walaupun terdapat syarat tambahan jaminan bon, pemohon masih boleh meneruskan kehidupan seharian dan hak-hak pemohon masih terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dalam permohonan yang difailkan pada 16 Okt lepas, berkata beliau telah membuat perancangan bercuti bersama keluarganya di luar negara dan percutian itu penting untuk beliau meluangkan masa bersama keluarga memandangkan tahun ini merupakan tahun yang sangat tertekan bagi diri dan keluarganya.

Selain itu, Muhyiddin juga berhasrat untuk menjalani pemeriksaan jantung melalui ujian stres jantung atas treadmill di Hospital Mount Elizabeth di Singapura, yang memerlukan beliau berjalan atau berlari di atas mesin berkenaan.

Mahkamah Sesyen menetapkan 23 Nov ini untuk mendengar permohonan Muhyiddin.

Ahli Parlimen Pagoh itu berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas, terhadap satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Pada 2 Okt lepas, Muhyiddin memfailkan permohonan supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan itu.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Popular
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Bekas pemain kebangsaan mula berkempen untuk PN di Kedah
July 25, 2023
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Allah pilih saya urus situasi paling sukar rakyat, negara: Muhyiddin
October 31, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok