Pendakwaan bermotif politik, Ketua Pembangkang pula dipanggil SPRM

May 10, 2023 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk diambil keterangan petang tadi.

Tindakan terhadap Hamzah itu disifatkan satu lagi siri pendakwaan yang mensasarkan pemimpin pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Dalam kenyataannya malam ini, Hamzah menjelaskan keterangan itu dibuat bermula kira-kira jam 4.30 petang hingga jam 7 malam oleh pegawai SPRM susulan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hamzah mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

“Lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO sendiri sebelum ini secara terbuka menyebut rancangan untuk mewujudkan kluster mahkamah dari kalangan pemimpin Bersatu dan PN.

“Saya percaya, ini kerana mereka bimbang dengan kekuatan PN, yang mana sokongan rakyat akan diterjemahkan sekali lagi dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

“Saya juga faham ada pihak tertentu panik dengan kedudukannya yang sedang goyah ketika ini tetapi janganlah bertindak sehingga menyebabkan rakyat merasakan SPRM boleh diperalat pemimpin tertentu,” katanya.

Pagi tadi, Choo Thiam mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.

Mengikut empat pertuduhan rasuah, lelaki berusia 63 tahun itu dituduh melakukan kesalahan itu antara Jun (tarikh tertentu tidak disebut) dan 30 Julai 2021, sebagai dorongan untuk Hamzah, yang ketika itu Menteri Dalam Negeri ketika pentadbiran PN, untuk membantu Asia Coding Centre Sdn Bhd mendapatkan sebarang projek daripada agensi di bawah kementerian berkenaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, agak janggal namanya disebut dalam pertuduhan itu ketika dirinya tidak pernah terbabit dalam sebarang urusan.

“Bila diperhalusi keempat-empat pertuduhan itu, ia menyebut suapan adalah mendapatkan apa-apa projek milik agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jadi apakah projek yang menjadi hal perkara rasuah yang dimaksudkan?

“Jelas pertuduhan sebegitu sengaja diada-adakan dan dibuat sebegitu rupa untuk mengheret nama saya dalam perkara yang tidak langsung membabitkan saya.

“Ini siri fitnah untuk menekan orang-orang serta ahli perniagaan tertentu supaya memalitkan dan menuding jari terhadap saya demi mencemarkan nama saya,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau mengucapkan tahniah atas perlanjutan kontrak khidmat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, untuk tempoh setahun lagi, selain percaya perlanjutan ini tiada muslihat tertentu.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
20 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
20 minit lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok