Pemimpin PBM pegang jawatan dalam GLC patut letak jawatan

January 8, 2022 · Politik

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman menggesa pemimpin politik yang menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) meletak jawatan dalam mana-mana agensi, badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini kerana katanya, PBM bukan sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) atau parti yang membentuk Kerajaan Malaysia sekarang ini.

Menurutnya Bersatu telah menggariskan bahawa keahlian seseorang ahlinya akan tergugur secara automatik jika terbukti menyertai parti lain.

“Maka adalah lebih bermaruah jika mereka yang telah meninggalkan Bersatu demi menyertai mana-mana parti lain, dalam hal ini Parti Bangsa Malaysia (PBM), untuk mengisytiharkan diri mereka secara terbuka telah keluar daripada Bersatu dan tidak bermain dua atau lebih ‘kolam’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau membuat kenyataan demikian ketika mengulas tindakan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk daripada Bersatu, yang menyertai PBM.

Antaranya ialah pemimpin Bersatu Pahang, Zakaria Abdul Hamid yang dilantik atas kapasiti politik untuk menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Selain itu, beberapa bekas pemimpin PKR turut dilantik memegang jawatan penting dalam agensi dan GLC.

Mengulas lanjut, Dr Muhammad Faiz meminta mana-mana menteri atau pemimpin kerajaan Malaysia hari ini yang telah membuat lantikan berdasarkan kuota lantikan politik terhadap individu-individu yang kini telah terbukti bukan dari PN, BN atau GPS untuk menamatkan kontrak lantikan politik tersebut dalam kadar segera atau meminta individu itu meletakkan jawatan secara sukarela.

“Ini bagi mewujudkan keserasian agenda dalam hal ehwal membuat dasar, pengurusan serta pentadbiran apa-apa elemen di bawah kuasa kerajaan Persekutuan sama ada secara langsung atau tidak.

“Ia juga dapat mengelak sebarang bentuk kebarangkalian untuk disabotaj atau ditunggang oleh pihak luar yang tidak bersama kerajaan Malaysia hari ini,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok