Pemimpin DAP bidas PM ‘bodoh’ hanya kerana pertahan isu Palestin

May 17, 2021 · Politik

Pemimpin DAP,  Datuk Teng Chang Khim membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyifatkan Perdana Menteri sebagai ‘bodoh’hanya kerana menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin yang ketika ini berdepan pencerobohan serta keganasan tentera Israel.

Dalam hantaran Facebook beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang itu berkata, Perdana Menteri hanya sekadar mahu mengalih perhatian rakyat dan hanya berlagak mahu menjadi hero, meskipun tanpa beliau sedar isu Palestin bukanlah ‘perkara politik’ yang perlu dimainkan oleh pemimpin DAP itu.

Sedangkan, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor itu, Muhyiddin sepatutnya mengutamakan nyawa rakyat Malaysia yang terancam akibat Covid-19.

“Jangan mengalih perhatian rakyat daripada fokus. Jaga nyawa rakyat Malaysia yang terancam kerana Covid-19 dahulu. Bodoh!” tulisnya semalam.

Utusan Malaysia juga melaporkan kenyataan sama Chang Kim tersebut yang membidas Muhyiddin.

Bagaimanapun, semakan menerusi Facebook beliau pada hari ini mendapati hantaran tersebut telah dipadamkan.

Tangkap layar hantaran berkenaan telah pun tular dan mengundang kritikan netizen yang menyifatkan tindakan Chang Khim itu tidak wajar memandangkan konflik Palestin-Israel adalah isu kemanusiaan yang perlu diperjuangkan semua sebagai tanda sokongan kepada nasib rakyat Palestin yang terus ditindas rejim zionis itu.

Dalam pada itu, pemimpin DAP Selangor itu juga harus ‘memandang’negerinya sendiri yang kononya begitu cakna bercakap soal Covid-19 hingga marah-marah apabila Perdana Menteri menyentuh soal Palestin yang mana isu itu begitu dekat di hati rakyat.

Sebagai mengingatkan Pada November 2020, Kerajaan PKR Negeri Selangor dengan bangga mengumumkan peruntukan besar bernilai RM400 juta untuk menangani penularan pandemik Covid-19, tapi apa gunanya dengan peruntukan bersaiz besar itu tapi kes setiap hari masih tinggi di negeri maju itu.

Malah, pelantikan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pengerusi Selangor Task Force for COVID-19 (STFC) yang sudah genap setahun lebih pun nampaknya tidak memberi sebarang kesan, nampak lebih macam makan gaji buta sahaja.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga tidak tahu apa yang sedang dilakukannya, sampai masalah katil tidak cukup di hospital negeri pun gagal ditangani.

Exco Kesihatan Kerajaan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud sebelum ini pada 9 November tahun lalu berkata sebanyak RM2.96 juta dibelanjakan dalam melaksanakan saringan komuniti di kawasan zon merah, persoalannya hampir semua di negeri itu kini berada dalam zon merah.

Hampir semua daerah di Selangor berada dalam zon merah, bagaimanapun warga Selangor mahu melakukan ujian saringan pun tidak tahu kewujudan pusat saringan komuniti yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri.

Terbaharu, ibu negeri Selangor, Shah Alam kini hampir menjadi zon perang apabila semua lokaliti penduduk di kawasan tersebut mencatatkan peningkatan kes jangkitan virus membunuh itu.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
8 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok