Peguam Zahid mohon segerakan keputusan representasi kes rasuah Zahid

August 24, 2023 · Politik

Pihak pembelaan dalam kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon Peguam Negara (AG) menyegerakan keputusan representasi bagi mengkaji 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) dihadapi Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut kenyataan media oleh peguam mewakili Ahmad Zahid iaitu Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh, keputusan representasi itu diperlukan segera sebelum lebih ramai saksi pembelaan dipanggil pada perbicaraan selain menjimatkan kos serta masa kedua-dua pihak, menurut laporan Bernama.

“Pihak pembelaan mengemukakan representasi dengan lebih 200 muka surat pada 8 Dis 2022 dan 25 Jan 2023 kepada pihak pendakwaan yang antara lain memohon agar keadilan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberikan dan semua pertuduhan dikaji semula dalam kes ini.

“Sehingga hari ini, pihak pembelaan masih tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak Peguam Negara,” menurut kenyataan itu.

Ahmad Zahid juga telah dirakamkan percakapannya sekali lagi selepas representasi dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jun 2023, katanya.

Pasukan pembelaan itu berkata menjadi perkara biasa bagi mana-mana individu yang sedang berdepan dengan kes jenayah untuk mengemukakan representasi kepada pihak Peguam Negara dan ia adalah hak seseorang yang dituduh untuk melakukannya.

Kenyataan itu menyebut representasi tersebut boleh dimasukkan pada bila-bila masa sekiranya seseorang dituduh mempunyai asas kuat selain banyak kepincangan dalam pertuduhan ke atasnya termasuk jika terdapat tersalah guna kuasa terhadap pendakwaan, isu siasatan dan keterangan saksi kes.

“Justeru, tidak adil untuk mana-mana pihak cuba campur tangan dan mempolitikkan isu ini. Tambahan pula, anak guam kami adalah seorang yang dituduh dan sedang menjalankan haknya untuk memasukkan representasi di peringkat ini.

“Kami berpandangan langkah pihak pembelaan melakukan proses representasi adalah berdasarkan kepada hak anak guam mengikut proses perundangan sebagaimana terdapat dalam sistem perundangan diamalkan di negara ini,” kata kenyataan itu.

Kata pasukan pembelaan itu, mana-mana pihak tidak seharusnya menggunakan fakta representasi tersebut untuk kepentingan politik atau menakut-nakutkan orang ramai dengan memberi sangkaan buruk terhadap representasi itu.

“Sehubungan itu, pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memprejudiskan hak anak guam kami dalam mempraktikkan haknya bagi representasi ini,” menurut kenyataan tersebut.

Selain itu, ketiga-tiga peguam berkenaan berkata antara isu diketengahkan dalam representasi tersebut ialah terdapat pendakwaan bersifat politik dalam kes itu oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas ketika itu dan pelantikan Peguam Negara yang dibuat Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk menuduh Ahmad Zahid.

“Pertuduhan itu dibuat kerana keengganan anak guam kami untuk membubarkan UMNO sehingga menyebabkan beliau dituduh. Kecacatan siasatan yang dijalankan kerana tempoh siasatan singkat (empat bulan sahaja dari tarikh siasatan bermula) akibat daripada kegopohan untuk menuduh anak guam kami.

“Selain itu, terdapat keterangan-keterangan baharu yang kukuh untuk representasi dikemukakan oleh pihak kami,” menurut kenyataan tersebut.

Perbicaraan kes itu kini di peringkat pembelaan. Pihak pembelaan setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Ahmad Zahid untuk memberi keterangan.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok