Pegawai MP Bentong dan Setiausaha Akhbar Menteri dipanggil beri keterangan

January 26, 2023 · Politik

Polis mengesahkan dua pegawai kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Dua individu tersebut, Pembantu Ahli Parlimen Bentong, Noor Suhana Ishak dan Setiausaha Akhbar Menteri Ekonomi, Farhan Iqbal diminta memberi keterangan berhubung hantaran di akaun Twitter yang mendakwa Pemuda UMNO mengganggu ceramah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Ketika itu, UMNO berkempen dalam PRU-15 secara berasingan dan masih belum menyertai kerajaan PH-DAP untuk membentuk kerajaan pusat.

Noor Suhana berkata, mereka masing-masing dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan IPD Putrajaya, hari ini.

“Saya menerima panggilan daripada pegawai penyiasat untuk dirakam keterangan di IPD Sentul jam 2 petang, esok (hari ini).

“Farhan pula (dirakam keterangan) di IPD Putrajaya jam 10 pagi, hari sama,” katanya melalui Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kes itu disiasat oleh IPD Muar, Johor.

“Pegawai penyiasat sudah membuat temu janji dengan kedua-dua individu itu untuk merakam keterangan mereka.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 17 Oktober tahun lalu, media melaporkan ceramah MUDA dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar, Johor.

Dua klip video tular masing-masing berdurasi satu minit 31 saat dan 45 saat memperlihatkan sekumpulan lelaki bermotosikal yang menganggu ceramah MUDA.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan kehadiran anggota polis.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaafkan sekumpulan anak muda yang cuba menimbulkan provokasi semasa ceramahnya itu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Syed Saddiq menyatakan bahawa kumpulan itu bukan musuhnya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
23 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
4 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok