PBM belum terima keputusan permohonan sertai BN, masih tunggu: Zuraida

September 16, 2022 · Politik

Setakat ini, Parti Bangsa Malaysia (PBM) masih menunggu keputusan rasmi berhubung permohonan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Bakal Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu BN masih belum menerima sebarang keputusan rasmi sama ada ditolak atau diterima masuk ke dalam gabungan tersebut, bagaimanapun menegaskan perbincangan sebelum ini berjalan dengan positi.

“Saya tidak dimaklumkan perkara itu dan tiada dalam rekod saya. Apa yang saya boleh katakan saya tidak tahu. Saya move on (teruskan). Perbincangan berjalan dengan baik dan positif. Jadi saya bekerja saja untuk memperkukuh parti saya,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ampang menghadiri Majlis Penanaman Pokok Sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Selandar hari ini.

Spekulasi mengatakan permohonan PBM untuk menyertai BN masih tergantung meskipun telah menyerahkan borang permohonan.

Pada masa sama, beberapa pemimpin BN dan UMNO turut bersuara menolak penyertaan PBM ke dalam gabungan berkenaan.

Antaranya, UMNO Bahagian Ampang dilaporkan tetap dengan pendirian menolak permohonan PBM menyertai BN menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Ampang, Mohamad Nadzim Ibrahim berkata, penolakan tersebut dibuat kerana tidak mahu parti yang tidak mempunyai pendirian tetap dalam hala tuju politik berada dalam BN.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Pernah kalah sebelum ini, Asyraf masih yakin dapat jadi calon pada PRU-15
October 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
2 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
2 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok