PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP

June 8, 2023 · Politik

Hari ini bermula Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dengan semua perwakilan yang terdiri daripada segenap lapisan akan berada di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Jika setiap kali perhimpunan sebelum ini isu berkenaan orang Melayu akan menjadi fokus utama, bagaimanapun kini naratif politik UMNO sudah berubah menjadi medan untuk memujuk ahli menyokong DAP dan kerajaan campuran pula.

Jika pada perhimpunan pada 2021 lalu slogan dilaungkan adalah “No Anwar dan No DAP”, kini ia berubah menjadi “Yes Anwar dan Yes DAP”.

Malah, difahamkan kali ini perwakilan DAP dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijemput sama ke PAU buat julung kalinya untuk duduk sekali satu dewan dan satu pentas bersama-sama perwakilan UMNO yang lain.

Pendirian terbaharu dibuat pemimpin UMNO menjemput musuh tradisi parti itu untuk bersama PAU kali ini adalah satu isyarat kepada ahli bahawa usaha meneutralisasikan mentaliti ahli-ahli parti yang suatu ketika dahulu dibasuh pemikiran mereka untuk membenci DAP dan juga Anwar.

Bagaimanapun, doktrin sebelum ini perlu ditukar untuk mengajak ahli-ahli menyayangi DAP dan Anwar sebagai ketua kerajaan campuran yang mana UMNO kini sedang menjadi penumpang dalam kerajaan campuran.

Rasa malu dan tebal muka perlu dihadap pemimpin dan ahli UMNO walaupun sebelum ini mereka yang paling lantang mengkritik dan membidas seteru politik tersebut, namun demi jawatan dan kuasa segala-galanya perlu dikorbankan demi survival politik masing-masing.

Hati pemimpin dan parti dalam kerajaan campuran perlu dijaga daripada menjaga hati ahli-ahli UMNO yang terguris dengan tindakan dan keputusan dibuat oleh ketua mereka sendiri.

PAU kali ini kononnya dikatakan untuk menunjukkan kebersamaan UMNO bersama-sama dalam kerajaan campuran dipimpin Anwar, tetapi realitinya ia adalah demi mengekalkan kuasa dan jawatan yang mereka dapat.

Didendangkan kepada ahli-ahli UMNO kononnya bersama dengan kerajaan campuran sekarang ini, masa depan parti lebih terjamin dan cerah jika dibandingkan sebelum ini bersama dengan Perikatan Nasional (PN) yang didalamnya terdapat PAS dan Bersatu.

Ahli-ahli UMNO dipasak dengan cerita-cerita dongeng kononnya DAP bukan sebuah parti chauvinis seperti mana yang mereka tuduh dahulu, malah DAP dianggap rakan politik lebih mulia daripada PAS dan Bersatu.

Jadi tidak hairan pada PAU kali ini, para perwakilan sudah disiapkan dengan skrip dan naratif untuk memuji DAP disamping mengangkat Anwar sebagai ikon yang perlu disanjung ahli-ahli UMNO.

Perkara paling utama pastinya akar umbi UMNO akan digesa untuk membantu jentera DAP dan parti kerajaan campuran lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memastikan kemenangan rakan politik mereka.

Sudah pastinya, akar umbi akan dikerah untuk berkempen bagi rakan parti dalam kerajaan campuran, bendera-bendera Pakatan Harapan (PH) perlu dipasang ahli-ahli UMNO semasa PRN nanti bagi menunjukkan solidariti kebersamaan.

Lagu “Anak kecil main api” yang sebelum ini menjadi pembakar semangat ahli-ahli UMNO dijangkakan juga tidak akan dipasang semasa PAU kali ini kerana tidak mahu mengguris hati perwakilan DAP yang bakal bersama-sama hadir.

Diharapkan potret pemimpin UMNO yang berada dalam dewan yang sebelum ini dihilangkan semasa konvensyen dihadapi pemimpin DAP dan parti dalam kerajaan campuran tidak hilang sekali lagi.

PAU kali ini akan berbeza sama sekali dengan sebelum ini, hal kepentingan dan kebajikan orang Melayu dan Islam yang selama ini menjadi teras dan intipati dalam setiap perhimpunan bukan lagi menjadi keutamaan, jika ada pun isu dibangkitkan pun mungkin terlalu minimal sahaja dan tidak berlebihan.

Apa yang lebih penting adalah menjaga hati dan perasaan perwakilan parti campuran yang akan dijemput hadir pada PAU kali ini, tidak boleh terguris rakan parti lain.

UMNO yang suatu ketika dahulu lantang dan berani dalam memperjuangkan isu-isu kaum Melayu dan Islam kini perlu nampak lebih jinak, al maklum lah sekarang ini sudah berada dalam kerajaan campuran.

Jika berlebih bercakap dalam soal kepentingan Melayu dan Islam, nanti bimbang pula ahli-ahli DAP dan parti dalam kerajaan campuran terguris hati pula. Begitu lah lumrah dalam perkahwinan politik paksa, seperti dikatakan oleh beberapa pemimpin dalam UMNO sebelum ini.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
23 jam lalu· Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
23 jam lalu · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023 · Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok