PAS Kelantan bantu calon Bersatu tanding guna lambang bulan

October 14, 2022 · Politik

Semua jentera PAS Kelantan akan membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu yang akan bertanding pada peringkat kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ini kerana, semua calon PN di negeri itu akan bertanding menggunakan lambang PAS, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Zulkifli Mamat.

Katanya baru-baru ini kepemimpinan tertinggi PN Pusat mempersetujui calon Bersatu bertanding menggunakan logo PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Insya-Allah jentera pilihan raya PAS akan membantu calon Bersatu memandangkan mereka bertanding menggunakan logo PAS di Kelantan,” katanya menurut lidah rasmi PAS, Harakah, hari ini.

Bersatu Kelantan sebelum ini mempunyai dua ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed di Jeli dan Datuk Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz di Tanah Merah.

Semalam Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu tiga negeri yang diterajui parti itu sekarang kekal menggunakan logo PAS pada PRU-15.

Hari ini, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab soalan berhubung penggunaan logo itu berkata strategi berkenaan akan diteliti mengikut kesesuaian kawasan.

“Kita akan meneliti perkara berkenaan,” katanya ringkas pada sidang media selepas Program Solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Jamek Panchor, di Pagoh.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi, Zulkifli berkata mengikut persetujuan sebelum ini penentuan kerusi yang akan ditandingi adalah berdasarkan kepada status quo dengan mengambil kira keputusan pilihan raya lalu.

Menurutnya di kawasan yang dimenangi BN akan ditandingi calon dari Bersatu, manakala PAS mempertahankan kerusi sedia ada.

Untuk rekod, Kelantan mempunyai 14 kerusi Parlimen dengan sembilan daripadanya dimenangi PAS pada PRU 2018 lalu, manakala lima lagi UMNO, sebelum dua daripada wakli rakyatnya menyertai Bersatu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat merakam penghargaan kepada pimpinan PN Pusat kerana memberi laluan kepada calon PN di Kelantan menggunakan lambang bulan.

Oleh itu katanya, PAS akan memanfaatkan kekuatan jentera yang ada bagi membantu kempen calon Bersatu termasuk di Jeli dan Tanah Merah pada PRU kali ini.

PAS sebelum ini membuat keputusan tidak membubar Dewan Undangan Negeri di tiga negeri diketuainya iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, serentak dengan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok