PAS ajak rakyat sokong PN, beri amaran kepada ‘pemain politik’

April 2, 2021 · Politik

PAS mengajak semua pergerakan Islam untuk turut serta bersama Bersatu menyokong Perikatan Nasional (PN), dan menolak agenda politik menyeleweng serta lebih mementingkan pemimpin dan kumpulannya.

Pada masa sama parti itu memberi amaran akan meninggalkan mana-mana pihak yang agenda mereka hanya untuk menyelamatkan individu atau kumpulan tertentu, berbanding usaha membantu negara dan rakyat Malaysia.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengajak golongan bukan Islam yang tidak ekstrem untuk turut serta menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa.

Katanya, PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional (MN) yang asal iaitu bagi membela rakyat Malaysia atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat.

“PAS menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

“PAS menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.

“PAS menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS juga tidak hairan dengan nasihat ilmuan sains politik yang bercakap mengikut arahan siapa sahaja yang menjadi pengarah.

“Tujuan PAS bukanlah sekadar untuk menyelamatkan seseorang atau kumpulan dan kelompok yang kecil sahaja, malah tujuannya adalah untuk menyelamatkan seluruh manusia seberapa ramai yang mungkin. Maka, jika terdapat mereka yang sempit dan terhad tujuannya itu pasti ditinggalkan,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok