Noktah! Tiada kerjasama, kata Zahid kepada Bersatu

October 22, 2021 · Politik

UMNO telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS dan Gerakan, dalam mana-mana pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah diputuskan oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

“Tidak timbul isu UMNO cepat atau lambat membuat keputusan (untuk bekerjasama). Sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan pada perhimpunan lalu yang memutuskan bahawa UMNO tidak pernah akan bekerjasama dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Noktah!,” katanya dipetik daripada BH.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, di Bukit Katil, malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ketika ditanya, sama ada UMNO tidak akan bekerjasama dengan gabungan PN pada PRN Melaka kelak, Zahid berkata:

“Saya tidak nampak ke arah itu”.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini yang dilaporkan berkata gabungan parti itu tidak boleh menunggu lama untuk mendapatkan keputusan kerjasama politik daripada UMNO untuk menghadapi PRN Melaka.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, PN yang menggabungkan Bersatu, PAS dan Gerakan bersedia untuk bertanding bersendirian sekiranya UMNO dan BN tidak memberi kata putus mengenai perkara itu.

Zahid juga mengulangi keyakinannya bahawa UMNO mempunyai potensi besar untuk memenangi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Kita merasakan potensi itu (kemenangan) sangat besar berdasarkan kepada permasalahan pihak yang berada di sebelah sana (pembangkang) yang tentunya mempunyai isu tersendiri.

“Tetapi kemenangan kita bukannya menunggang permasalahan orang lain. Kita bersandarkan kebolehan UMNO untuk mentadbir semula kerajaan negeri,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
8 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok