Muhyiddin sahkan akan serah nama baharu menteri Bersatu kepada PM

May 26, 2022 · Politik

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan nama baharu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menggantikan kerusi yang dikosongkan Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang sebelum ini adalah ahli Bersatu mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang menyokong kerajaan, dan meletak jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Dalam kenyataan malam ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata beliau akan menyerahkan nama calon baharu menteri kepada Ismail Sabri dalam masa terdekat.

“Saya akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet.

“Ini memandangkan kedudukan Zuraida sebagai menteri adalah atas kuota Bersatu,” katanya.

Mengenai Zuraida, beliau berkata Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu telah membincangkan kedudukan Ahli Parlimen Ampang itu baru-baru ini.

Katanya terdapat laporan bahawa Zuraida terlibat secara langsung dalam penubuhan PBM dan mengambil bahagian dalam aktiviti parti tersebut.

Susulan itu, Muhyiddin berkata satu surat tunjuk sebab telah dihantar kepada Zuraida pada 9 Mei lalu, sebelum dijawab menerusi sepucuk surat bertarikh 23 Mei.

“Langkah seterusnya ialah untuk merujuk beliau ke Lembaga Disiplin parti.

“Namun memandangkan beliau telah membuat pengumuman untuk menyertai PBM melalui satu kenyataan akhbar hari ini, keahlian beliau di dalam Bersatu gugur serta-merta mengikut Fasal 10 Perlembagaan Bersatu,” katanya.

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih di atas segala sumbangan Zuraida kepada Bersatu selama ini.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
20 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
39 minit lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok