Muafakat Nasional perlu dibubar kerana sudah tidak ada guna, kata Veteran UMNO

November 26, 2021 · Politik

Kerjasama yang dijalin dalam pembentukan Muafakat Nasional (MN) perlu dibubarkan kerana sudah dilihat tidak ada guna dan berfungsi dengan sepatutnya, gesa Kelab Veteran UMNO.

Gesaan tersebut dibuat Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub yang menyifatkan masing-masing sudah membawa haluan sendiri memandangkan UMNO menolak Perikatan Nasional (PN) dan PAS pula memilih menyertai PN.

“Sekiranya status MN dibiarkan tergantung maka akan berlaku tuduh menuduh dan salah menyalah diantara kedua parti.

“Oleh itu lebih baik dibuat keputusan muktamad dengan membubarkannya. Habis cerita dan tutup buku,” katanya dipetik laporan media.

Hubungan UMNO dan PAS yang dirintis selepas pilihan raya umum (PRU) lalu melalui jalan berliku selepas PAS memilih bersama Bersatu dalam PN.

Ia diburukkan lagi selepas BN dan PN bertembung sesama sendiri semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Dalam kenyataan petang ini, Mustapha berkata MN bukan ada ikatan berdaftar.

“Ia hanya satu gagasan yang telah gagal dan tidak diperlukan lagi,” katanya lagi.

Katanya, jika MN dibubarkan, UMNO dan PAS tidak perlu bersusah-susah untuk menjaga hati masing-masing dan meneruskan perjuangan mengikut hala tuju parti sendiri.

“Biarlah masing-masing meneruskan perjuangan berdasarkan tujuan dan matlamat masing-masing.

“UMNO menghormati keputusan PAS untuk bersama PN dan PAS juga mesti menghormati UMNO yang tidak mahu bersama PN,” jelasnya.

Mustapha menegaskan pembubaran MN bukan atas dasar marah atau kecewa, tetapi bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir di kalangan ahli UMNO.

MN merupakan sebuah gagasan kerjasama antara PAS dan UMNO yang dicetuskan hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar di Malaysia tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat
January 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
4 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok