MP PKR pertikai keputusan kekalkan Najib sebagai Ahli Parlimen

September 9, 2022 · Politik

Keputusan dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun mengekalkan status Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen (MP) Pekan dipertikai Hassan Abdul Karim.

MP Pasir Gudang itu memberi hujahnya mempertikaikan keputusan Azhar semalam dengan menyifatkan status Najib sebagai seorang banduan selepas dihukum penjara tidak melayakkan beliau kekal sebagai wakil rakyat lagi.

Hassan yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan berkata, kehilangan kelayakan Najib sebagai MP adalah berdasarkan empat syarat mengikut Perkara 48(1)(e) itu.

Jelasnya, empat syarat ialah apabila seseorang itu sudah didapati bersalah oleh mahkamah Persekutuan, dihukum penjara tidak kurang satu tahun, didenda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.

“Sehingga hari ini Najib tidak mendapat pengampunan bebas. Keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah keputusan terakhir dalam sistem mahkamah di Malaysia. Tidak ada mahkamah yang lebih tinggi lagi daripada Mahkamah Persekutuan dalam sistem perundangan di Malaysia.

“Walaupun Najib ada memfailkan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi prosiding pengampunan diraja itu belum didengar. Lembaga Pengampunan Diraja bukannya mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pengampunan Najib oleh Yang di-Pertuan Agong mesti dibuat atas nasihat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.

“Daripada segi undang-undang, sabitan kesalahan Najib dalam pertuduhan dalam Kes SRC International adalah kekal. Hukuman Penjara 12 tahun dan denda RM210 juta adalah berkuat kuasa sekarang.

“Tidak ada penggantungan perlaksanaan diberikan Mahkamah Persekutuan kepada Najib. Ini bermakna semua syarat kehilangan kelayakan sebagai ahli Parlimen ada pada Najib sekarang. Agak pelik dan aneh Azhar memutuskan bahawa Najib masih kekal sebagai ahli Parlimen Pekan,” ujarnya yang juga seorang peguam.

Hassan berkata, memang benar Najib sudah memfailkan prosiding semakan di Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan Najib agar keputusan lima orang hakim diketuai Ketua Hakim Negara disemak oleh corum hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lain.

Namun permohonan semakan oleh Najib itu katanya, bukan satu penggantungan pelaksanaan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

“Tidak ada dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa jika seseorang ahli Parlimen merayu kepada Lembaga Pengampunan Diraja atau memohon semakan mahkamah maka kelayakannya sebagai ahli Parlimen tetap kekal.

“Sebaliknya apa yang dinyatakan dengan jelas di bawah Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan ialah jika pesalah itu yang telah dijatuhi hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas maka dia hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen,” tegasnya.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok