‘Mengarut Ismail Sabri desak pegawai awam pertahan kerajaan dia’

August 17, 2022 · Politik

Permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya kakitangan awam membantu mempertahankan kerajaan yang ada sekarang daripada sebarang dakwaan dan fitnah, dibidas oleh pemimpin pembangkang.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil dalam kenyataan di Facebook beliau berkata Ismail Sabri tiada hak mengarahkan pegawai awam mempertahankan kerajaan yang korup.

“PM tidak ada hak mengarahkan pegawai kerajaan pertahankan kerajaan yang korup.

“Jika kamu gagal, pegawai juga berhak mengkritik. Jangan jadikan rakyat sebagai perisai kegagalan kamu sebagai PM,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir.

Semalam, Ismail Sabri berkata adalah wajar bagi penjawat awam mempertahankan kerajaan yang ada sekarang daripada sebarang dakwaan dan fitnah yang mengatakan kerajaan di bawah pentadbirannya telah gagal.

Menurutnya penjawat awam perlu mempertahankan kerajaan dengan melihat beliau sebagai ketua kerajaan dan bukannya sebagai pemimpin parti politik.

“Apabila tuan puan mempertahankan, tuan puan tidak berpolitik. Jangan lihat saya sebagai pemimpin politik tetapi sebagai ketua kerajaan dan tuan puanlah anggota kerajaan,” katanya.

Sementara itu, memetik Mkini hari ini, Muhammad Faiz berkata sesuatu rungutan dan kritikan yang dibangkitkan rakyat bukanlah fitnah, malah sesetengahnya terbukti benar bersama fakta berkaitan.

Beliau memberi contoh kecaman rakyat terhadap kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barang serta kos sara hidup.

“Apabila rakyat menuntut kerajaan mengambil langkah proaktif agar menurunkan harga barang, antara lain dengan mengekalkan subsidi tertentu, ia adalah fakta.

“Yang turut terkesan akibat masalah itu juga adalah penjawat awam. Justeru, mengarut untuk perdana menteri mendesak penjawat awam mempertahankan dia dan kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023· Politik
Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober
August 25, 2023· Politik
UMNO dan Amanah diperalatkan DAP untuk menentang PAS: Hadi
August 25, 2023· Politik
Selepas kalah teruk PRN, MUDA buat keputusan tak tanding dua PRK
August 21, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
2 jam lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
2 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok