Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah

January 4, 2023 · Politik

Beberapa individu yang membuat tuduhan fitnah berhubung isu Menara Kuala Lumpur (KL) terhadap Tan Sri Annuar Musa akan berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataan yang dibuat terhadap bekas menteri tersebut.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mendakwa beberapa individu tersebut membuat kenyataan mengelirukan sehingga menimbulkan tanggapan negatif terhadapnya dan pasukan peguam sudah diberi arahan untuk mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

“Sejak tercetus polimik berhubung Menara KL yang kononnya dijual senyap-senyap oleh TM, telah tersiar pelbagai kenyataan yang mengelirukan.

“Lebih buruk lagi terdapat beberapa posting yang tanpa segan silu membuat fitnah yang menjejaskan imej dan reputasi serta memberi kesan mendalam kepada beberapa pihak termasuk diri saya sendiri.

“Setelah merujuk perkara tersebut serta meneliti secara mendalam bersama peguam, saya tiada pilihan melainkan mengarahkan peguam mengambil tindakan menurut jalur undang-undang terhadap tiga individu iaitu Adrian Lim Chee En, K Pragalath Kumar dan Mohd Razlan Rafii,” kata Annuar dalam satu kenyataan.

Selain itu, Annuar juga pihak peguamnya sedang mengenalpasti beberapa individu lain yang turut terlibat membuat tuduhan melibatkan dirinya dalam isu Menara KL tersebut.

“Ada juga yang membuat posting tanpa mengemukakan identiti sebenar mereka dan pihak saya akan cuba untuk mengenalpasti mereka.

“Saya serahkan kepada pasukan peguam untuk memulakan tindakan yang sesuai dan bertepatan dengan undang-undang sedia ada.

“Setiap perkara berbangkit, terutama yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara perlulah disiasat dengan teliti oleh pihak berwajib. Semua pihak perlu memberikan kerjasama serta tidak mengganggu penyiasatan dengan menyebarkan fitnah dan berita palsu,” ujarnya lagi.

Isu pengambilalihan pengurusan Menara KL tular dalam media sosial, baru-baru ini

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan beberapa hari ini lalu memaklumkan sudah memanggil tiga saksi, bagi membantu siasatan isu pemindahan hak milik pengurusan Menara KL.

SPRM juga mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak berkaitan untuk diteliti, dengan siasatan bertumpu sama ada terdapat elemen rasuah dalam penjualan saham anak syarikat TM itu kepada Hydroshoppe Sdn Bhd pada Oktober lalu, berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
12 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok