Mazlan Bujang lihat masa depannya lebih cerah jika sokong BN

January 27, 2022 · Politik

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa daripada Bersatu, Mazlan Bujang melihat masa depannya lebih yang cerah jika memberi sokongan kepada Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.

Sebab itu Mazlan pada sidang media hari ini mengatakan beliau tidak nampak ada masa depan jika terus bersama Bersatu.

Bekas Ketua Bersatu Bahagian Tebrau itu ketika mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta, kini memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Hasni dan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Peletakan jawatan dan pengumuman keluar daripada Bersatu bagaimanapun, tidak memeranjatkan kerana desas-desus mengenai perkara itu sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu.

Malah, Mazlan yang dilantik menjadi Ahli Exco Kerajaan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir Johor hingga sekarang di bawah pimpinan Hasni, dilihat tidak menghormati Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mengisytiharkan bahawa saya kini tidak menjadi ahli mana-mana parti tetapi menyokong BN,” kata Mazlan di Kompleks Yayasan Warisan, Johor Bahru, hari ini.

“Saya tidak sehaluan lagi dengan Presiden Bersatu dan tidak nampak ada masa depan, jika terus bersama parti itu. Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin,” katanya lagi sambil menyatakan sokongan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor untuk terus mentadbir negeri itu.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada Mazlan akan mempertahankan kerusi DUN Puteri Wangsa yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 lalu atau tidak.

“Saya juga mengambil pendirian menyokong Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, untuk memimpin semula Johor dan mewujudkan kestabilan politik demi masa depan negeri yang lebih baik untuk kebaikan rakyat Johor,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Diugut tindakan saman pengikut Najib, MB Kedah kata ‘dia punya pasal’
April 29, 2022
Selesai kos sara hidup, bukan tak perlu tampal roadtax: Muhyiddin
February 11, 2023
PN akan pastikan nilai ringgit kukuh jika jadi kerajaan, kata Muhyiddin
November 7, 2022
Akar umbi UMNO lapor polis cubaan kedua Zahid tipu Agong
November 23, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
18 jam lalu · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok