Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu

July 6, 2022 · Politik

Tidak ada apa yang perlu ditakuti Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataannya semasa temubual dengan media Asia Times baru-baru ini.

Timbalan Presiden UMNO itu akhirnya bercakap benar dan jujur sepenuh hati semasa mengulas kes mahkamah yang sedang dihadapi Datuk Seri Najib Razak, semestinya seseorang yang sudah disabitkan kesalahan perlu menjalani hukuman.

Setiap individu dalam negara tidak terkecuali untuk mematuhi undang-undang negara, jika ada kesalahan dilakukan maka perlu lah menghadapi hukuman.

Undang-undang tidak hanya terpakai kepada rakyat biasa sahaja, sebaliknya ia juga mesti dilaksanakan tanpa berat sebelah tanpa mengambil kira status atau darjat seseorang tersebut.

Najib sudah diberikan peluang untuk diadili secara adil dan mahkamah sudah membuat keputusan terhadap kes dihadapinya, malah ada kes yang sedang berjalan.

Mohamad atau Mat Hasan semasa wawancara bercakap mengikut sudut perundangan dan kenyataan dikeluarkannya itu juga adalah logik yang diakui semua orang tepat.

Tidak lah perlu Mat Hasan berasa malu pula dengan kenyataan beliau sehingga mahu membetulkan semula pemahaman orang ramai berhubung pandangannya atau menafikan pula kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Sepatutnya penyokong UMNO perlu bangga dengan kenyataan Mat Hasan yang akhirnya menunjukkan kejujuran seorang pemimpin, jangan lah kerana mahu menjaga hati Najib semua perkara tidak boleh diberikan pandangan.

Semasa wawancaranya bersama Asia Times, Mohamad berkata Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dihukum penjara.

Memetik laporan Asia Times, dengan tajuk ‘Exclusive: UMNO’s No 2 thinks Najib should go to jail’ Mohamad juga dilaporkan berkata kelesuan negara ketika ini berpunca daripada kegagalan UMNO untuk ‘memberitahu kebenaran’ mengenai skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Asia Times dimiliki oleh Asia Times Holdings Limited, sebuah syarikat berpangkalan Hong Kong yang terlibat dalam multimedia dan perhubungan awam.

“Dia (Najib) tidak membuktikannya. Dia tidak dapat membuktikannya. Semua orang perlu membayar tindakan mereka.

“Tapi kalau nak ampun, dia (Najib) kena lalui proses. Dia kena masuk (penjara) dulu,” kata Mohamad dipetik dalam wawancara itu.

Bagaimanapun, Mohamad cuba menafikan kenyataan semasa wawancara itu dengan mendakwa ia diambil luar konteks.

Berbelit-belit penjelasan Mat Hasan, adakah beliau sudah diberikan tekanan oleh Kem Najib dalam UMNO?

Atau Mat Hasan sudah diberi tekanan daripada pengikut Najib yang baharu dilantik dalam Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini?

Diharapkan Mat Hasan tidak menjadi Timbalan Presiden cap ayam takut kepada budak suruhan Najib, pertahankan kenyataannya sehingga terbukti kebenaran.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok