Masih belum tahu siapa akan menang di Pelangai, kata Adnan

October 6, 2023 · Politik

Tan Sri Adnan Yaakob menjangkakan peluang calon UMNO dan Perikatan Nasional (PN) masih seimbang menjelang hari pengundian esok bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai.

Bekas Menteri Besar Pahang itu berkata selepas meninjau sepanjang tempoh berkempen di Pelangai, beliau tidak pasti calon mana yang akan menang esok dan berkata peluang kedua-dua parti masih 50-50.

“Saya mula turun sejak Selasa, Rabu dan Khamis. Insya-Allah esok (hari ini) pun saya akan turun (berkempen).

“Sekarang ini bila orang itu beri tahu (peluang) 50-50, maknanya orang itu tidak tahu. Jangkaan 50-50 itu adalah kata-kata yang selamat untuk semua orang.

“Pada saya setakat hari ini kedudukan yang sebenar belum dapat dipastikan lagi,” katanya dipetik laporan media semalam.

Beliau terdahulu berkunjung ke Bilik Gerakan BN Kampung Lembah Jaya semalam.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai lapan penggal itu, beliau mendakwa kedua-dua parti yang bertanding membawa isu tiada kaitan dengan kawasan berkenaan terutama ketika berceramah apabila kebanyakan gemar menyentuh isu di peringkat persekutuan.

Mengulas faktor yang menyumbang kepada keputusan yang masih lagi samar-samar, Adnan yang mesra disapa ‘Long Nan’ berkata liputan kempen masih ada kelompongan kerana terdapat kawasan atau rumah yang belum dikunjungi, dalam usaha mendekati seramai mungkin pengundi di DUN Pelangai.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah sukar untuk membuat penilaian kerana berdepan dengan kekurangan ‘dapatan’ menerusi hasil tinjauan setempat.

“Pertama sekali kita belum habis lagi merayau rumah ke rumah. Kedua pula saya tengok ceramah-ceramah pun lebih banyak menjurus hal yang besar, hal yang tidak berkaitan sangat dengan rakyat di bawah.

“Maknanya (ada jadikan modal ceramah) di Pelangai ini tidak ada kemajuan sepanjang 40 tahun lalu,” katanya.

Adnan berkata PRK kali ini bukan soal kerajaan memandangkan yang lebih mustahak adalah keputusan esok bakal menentukan hala tuju parti.

Menang atau kalah, beliau berkata ia adalah lumrah dalam kancah politik lalu masing-masing perlu bermuhasabah untuk memperbaiki parti dan tampil dengan lebih kuat pada pilihan raya akan datang.

“Dalam politik ini tidak ada bagi peluang atau tak bagi peluang. Kalau misalnya UMNO kalah, UMNO kena bekerja kuat untuk mencari pengaruh. Kalau misalnya PN pula kalah, PN pun kena sedar diri.

“Maksudnya kempen-kempen selama ini tidak menjadi. Cari jalan, cara baharu, soal naratif tak timbul. Yang penting kita memilih wakil rakyat, betul bukan memilih kerajaan tetapi memilih wakil rakyat.

“Kerajaan (negeri) tetapi (diterajui Menteri Besar) Datuk Seri Wan Rosdy (Wan Ismail) Insya-Allah dan tetap dengan 17 kerusi (BN) yang ada sekarang ini. Maknanya sekarang ini tinggal 16 kerusi (akan dapat) 17 kerusi balik Insya-Allah. Kalau kita ada 16 kerusi (sekalipun) PKR, DAP ada. Jadi lapan campur 16 adalah 24 kerusi.

“Nak memerintah kena ada 22 kerusi. Ini tidak ada masalah kerana ini bukan soal memilih wakil rakyat, bukan soal kerajaan tetapi nak menentukan kesinambungan parti. Itu mustahak,” katanya.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok