Loke bidas Ramasamy, tapi KM Pulau Pinang rayu agar pertimbang semula keputusan

August 10, 2023 · Politik

Ketua Menteri sementara merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow meminta agar Dr P Ramasamy menimbang semula keputusannya keluar parti itu yang dibuat hari ini.

Kon Yeow membuat rayuan tersebut kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada peluang DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos, bagaimanapun Anthony Loke sebaliknya awal hari ini membidas Ramasamy sebagai tidak ikhlas kerana meninggalkan parti tersebut.

“Saya memang sudah dimaklumkan oleh Ramasamy (mengenai hasrat beliau keluar DAP) sebelum ini. Walaupun (beliau) boleh terima keputusan pemilihan calon dan tidak bertanding (pada PRN) kali ini.

“Namun, beliau tidak berpuas hari mengenai bagaimana proses ini diuruskan. Pihak terbabit hanya dimaklumkan ketika pengumuman calon dibuat tempoh hari.

“Ini menyebabkan dia membuat keputusan (untuk keluar DAP), walaupun saya cuba memujuk (supaya tidak berbuat demikian). Pada perjumpaan sebelum ini, beliau hanya cakap mulut sahaja,” katanya dipetik laporan BH.

pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Ramasamy mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam DAP dan keluar parti itu.

Selain Ramasamy, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai merangkap Naib Pengerusi DAP Pahang ,D Kamache; Naib Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), K Jason Raj dan Ahli DAP Cawangan Taman Inderawasih, K Krishnasamy turut mengumumkan keluar daripada parti itu.

Ramasamy dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II selepas menang di Parlimen Batu Kawan dan DUN Perai pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), pada 2008 dan berkhidmat sebagai wakil rakyat di Perai selama 15 tahun.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
7 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
44 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok