Larry gesa Zuraida tubuh parti baharu, tidak ganggu PBM lagi

April 13, 2023 · Politik

Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng meminta bekas ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin menubuhkan parti baharu dan tidak lagi menganggu PBM yang telah menolaknya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab bantahan Peguam Negara terhadap tindakan undang-undang diambil Zuraida untuk diiktiraf secara rasmi sebagai presiden PBM.

Wakil undang-undang dari Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam bahawa bantahan itu selaras dengan keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (RoS) untuk mengiktiraf Larry sebagai presiden parti.

Larry enggan mengulas lanjut mengenai kes mahkamah itu, namun berkata tarikh perbicaraan di mahkamah telah ditetapkan, menurut Borneo Post.

Dalam permohonannya yang difailkan bulan lepas, bekas Menteri Industri Perladangan dan Komoditi itu juga memohon perisytiharan bahawa tindakan RoS mengisytiharkan Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shen sebagai presiden parti adalah menyalahi undang-undang dan tidak munasabah.

Beliau juga memohon perintah mandamus untuk memaksa RoS mendaftar dan mengiktirafnya sebagai presiden PBM, berkuat kuasa mulai 7 Oktober tahun lepas.

Dalam permohonannya, Zuraida berkata PBM telah melantiknya secara sah sebagai presiden parti pada 7 Oktober lalu dan seterusnya RoS dimaklumkan mengenainya pada 27 Oktober.

Zuraida adalah bekas Ketua Wanita PKR sebelum menyertai Bersatu pada 2020 semasa Langkah Sheraton yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan pertukaran pentadbiran kepada Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, beliau meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM pada pertengahan tahun lalu dan terlibat dalam perebutan kepimpinan dengan Larry sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.

Zuraida dan 10 yang lain dipecat pada Disember tahun lalu dan diikuti dengan pengumuman majlis tertinggi parti yang baharu diketuai oleh Larry sebagai presiden pada Februari tahun ini.

Sebagai tindak balas kepada Zuraida yang meminta campur tangan mahkamah, Larry hari ini mengesahkan bahawa beliau adalah presiden yang sah yang diiktiraf oleh RoS, dan mana-mana dokumen yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu.

Hakim Amarjeet Singh telah menetapkan 11 Mei untuk penjelasan dan memutuskan sama ada memberi atau menafikan kebenaran untuk Zuraida meneruskan semakan kehakiman.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok