Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat

December 2, 2022 · Politik

Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pengkhianatan terbesar kepada pengundi dan rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai orang nombor kedua berkuasa di Putrajaya.

Perdana Menteri kerajaan PH-Barisan Nasional (BN) tersebut sanggup membuang prinsip perjuangannya selama ini hanya semata-mata mahu terus kekal berkuasa tanpa menghiraukan kepentingan rakyat dan negara, kata YB Dr Robert Ling Kui Ee.

“Zahid menghadapi 47 pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi KL. Ini termasuk 12 pertuduhan jenayah pecah amanah, 27 pengubahan wang haram dan lapan pertuduhan rasuah.

“Belum pernah dalam sejarah Malaysia seorang yang menghadapi tuduhan rasuah dilantik ke jawatan kedua paling berkuasa dalam kerajaan.

“Ia juga memalukan mutlak negara kita dan pengkhianatan terbesar kepada semua rakyat Malaysia, baik mereka yang mengundi Pakatan Harapan dan mereka yang tidak mengundi,” kata Robert yang juga Naib Pengerusi Sayap Bersekutu Bersatu.

Robert juga membidas Anwar seorang yang hipokrit dan bukan reformis sebenar seperti yang dilaung-laungkannya sebelum ini.

“Ini adalah bukti bahawa Anwar bukanlah seorang reformis sebenar, tetapi seorang yang hanya mahu kuasa dan hanya pentingkan politik peribadi daripada etika dan tadbir urus yang baik.

“Keputusan melantik ahli politik yang menghadapi banyak pertuduhan sebagai sebagai TPM I adalah bertentangan dengan prinsip tadbir urus yang baik.

“Malah ia akan memberi kesan kepada pelabur dan kedudukan kewangan Malaysia yang akan memudaratkan. Isyarat yang dihantar di peringkat antarabangsa ialah Malaysia bertolak ansur dengan rasuah,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, rakyat sekarang sudah dapat memahami mengapa Zahid sangat mahu menyokong Anwar menjadi PH dan DAP untuk membentuk kerajaan pusat sebelum ini walaupun kedua-duanya adalah musuh tradisi politik.

“Sekarang kita tahu kenapa Zahid nekad dan terdesak menyokong PH dan Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan.

“Beliau telah menerima ganjarannya kerana membawa BN ke dalam pelukan PH dan membantu Anwar Ibrahim mencapai cita-cita terdesaknya untuk menjadi PM,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
23 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
3 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok