Kuasa cutikan Sivakumar terletak pada PM, kata badan pemerhati

April 24, 2023 · Politik

Perdana Menteri mempunyai kuasa dalam menentukan sama ada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar perlu dicutikan atau sebaliknya sementara siasatan berjalan terhadapnya.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua kerajaan perlu melihat bukti dan meneliti setiap aspek siasatan melibatkan Sivakumar sebelum membuat sebarang keputusan berhubung anggota Kabinetnya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut.

“Keputusan untuk mencutikan seorang Menteri adalah kuasa mutlak Perdana Menteri yang harus dibuat berdasarkan kepada fakta dan bukti yang ada,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Dua pegawai Sivakumar sebelum ini disiasat SPRM dan beliau juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum ini.

Terdahulu, Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Hassan Abdul Karim menggesa Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar bercuti dari tugasnya sebagai menteri sehingga SPRM selesai menjalankan penyiasatan terhadap pegawai kanannya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, tindakan itu menunjukkan teladan positif selaras dengan agenda Pakatan Harapan (PH) untuk membasmi rasuah.

Jais berkata, penting untuk difahami bahawa tidak diperlukan pertuduhan dibuat oleh SPRM untuk mengambil tindakan terhadap seseorang yang sedang disiasat.

“Majikan atau pihak yang berkuasa ke atas individu berkenaan boleh membuat keputusan untuk mencutikan seseorang dari jawatannya jika terdapat sebab yang mencukupi yang membenarkan tindakan itu.

“Sebagai contoh jika seseorang itu terbabit dengan penyelewengan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan atau undang-undang.

“Oleh itu, keputusan untuk mencutikan seorang Menteri atau mana-mana individu lain perlu dibuat berdasarkan kepada fakta dan bukti yang sahih, serta mempertimbangkan prinsip keadilan dan kesaksamaan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok