Komponen PN sokong dasar Kerajaan PN di bawah Ismail Sabri: Muhyiddin

August 22, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) akan terus bersatu padu dan komited menyokong dasar dan perancangan Kerajaan PN bagi menjayakan pelan pemulihan negara, serta mengutamakan kebajikan rakyat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN didukung 50 Ahli Parlimen (MP) bersama tiga lagi MP Bebas juga terus memperkukuhkan kerjasama di kalangan komponen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Parti Perikatan Nasional yang didukung oleh 50 orang Ahli Dewan Rakyat bersama 3 Ahli Dewan Rakyat bebas akan terus bersama, bersatu padu dan komited untuk menyokong dasar dan perancangan Kerajaan Perikatan Nasional menjayakan pelan pemulihan negara, mengutamakan kebajikan rakyat dan menjamin kelangsungan negara.

“Mesyuarat juga telah membincangkan secara mendalam senario politik semasa negara dan mendengar serta mengambil maklum semua pandangan dari parti-parti komponen bagi memperkukuhkan kerjasama politik dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Umum ke 15,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan setelah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PN pagi tadi setelah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mesyuarat telah dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden parti-parti komponen iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang; Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee; Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.

Hadir sama Timbalan Presiden Bersatu, Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar; dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta wakil-wakil dari parti komponen.

Semalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, susulan peletakan jawatan Muhyiddin 16 Ogos lalu.

Ismail Sabri sebelum ini adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan di bawah pentadbiran Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok