Kit Siang rela kalah PRN Melaka kerana prinsip, integriti politik

October 22, 2021 · Politik

Pakatan Harapan (PH) terus diasak DAP berhubung isu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang khianat dipilih sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Selepas Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) ditolak dari menjadi calon PH, hari ini pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pula menggesa agar tiga lagi bekas ADUN tidak diambil sebagai calon.

Ini kerana, menurut Kit Siang kesemua ADUN yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Melaka merupakan individu yang tidak bermoral.

“Saya berpendapat bahawa mereka adalah ADUN Melaka yang tidak bermoral hingga menyebabkan berlakunya PRN Melaka, mereka tidak seharusnya menjadi calon PH,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen (MP) Iskandar Puteri turut bertegas sekiranya PH kalah dalam PRN ia disebabkan kekalahan kerana berpegang pada prinsip dan integriti politik dan bukan menang hasil bekerjasama dengan kleptokrat, oportunis atau penjahat.

“Dikatakan bahawa untuk mencapai kemenangan di Melaka, kita mesti bergabung dengan sesiapa sahaja yang boleh memberikan kemenangan kepada PH.

“Sekiranya diberi pilihan, antara kemenangan hasil bekerjasama dengan kleptokrat, oportunis dan penjahat atau kalah kerana konsisten dengan prinsip dan integriti politik, saya akan memilih pilihan yang terakhir.

“PH tidak boleh kehilangan pegangan moralnya dengan membiarkan tiga ADUN bertanding sebagai calon PH dalam PRN Melaka,” katanya.

PRN Melaka akan mengadakan hari penamaan calon pada 8 November disusuli dengan hari mengundi pada 20 November ini.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok