Kini Khaled sokong langkah kerajaan PN potong gaji menteri sebelum ini

July 26, 2022 · Politik

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin yang sebelum ini sangat suka mengkritik pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini menyokong pula langkah memotong gaji menteri bagi membantu rakyat yang berdepan peningkatan kos sara hidup.

Khaled mengulas berhubung cadangan pemotongan gaji menteri dengan menyifatkan langkah memotong gaji tersebut perlu bagi menunjukkan solidariti kepada kesusahan rakyat, malah sebelum ini kerajaan PN juga mengambil langkah yang sama dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Memanglah tak ada, tapi untuk tunjuk solidariti dan keinsafan kesusahan dan keperitan di sekeliling kita.

“Lupa ke pengajaran yang kita dapat daripada kewajipan berpuasa,” katanya dalam catatan di Facebook.

Terdahulu, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa semalam yang mencabar pihak mencadangkan pemotongan gaji menteri supaya menamakan negara berjaya menurunkan inflasi melalui langkah itu.

Untuk rekod, semasa zaman pemerintahan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri kelapan pemotongan gaji menteri kabinet dilakukan selama beberapa bulan selepas angkat sumpah diadakan.

Sabtu lalu, tunjuk perasaan “Turun Malaysia” di Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan kos sara hidup menggesa kerajaan mengambil langkah memotong gaji menteri.

Cadangan pemotongan gaji dikemukakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz sebagai tanda empati ketika rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi semasa.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
3 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
23 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok