Ketua Penerangan UMNO tak tahu siapa Tajuddin jumpa di Putrajaya?

June 29, 2022 · Politik

Agak menghairankan apabila Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan tidak mengetahui dengan siapa Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berjumpa di Putrajaya sejurus penyingkirannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT).

Selepas tular berita penyingkiran Tajuddin, berlaku pertemuan penting dengan seseorang pemimpin atasan dalam UMNO di Putrajaya dan ia antara lain membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil bagi menyekat Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada terus memberi tekanan supaya Parlimen dibubarkan.

Shahril sejurus pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak itu dalam satu sidang media khas mengeluarkan kenyataan tidak sewajarnya UMNO berpecah pada saat parti itu diambang kemenangan.

Malah, Shahril juga mempertahankan Zahid daripada serangan dibuat Tajuddin dalam siri pendedahan pada Isnin.

Bagaimanapun, pegawai khas ekonomi kepada Perdana Menteri (PM) itu mungkin terlebih dahulu menyemak dan memeriksa fakta dengan siapa Tajuddin berjumpa terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan memihak kepada mana-mana pihak.

Dibelakang YANG menyokong Tajuddin bukan calang-calang individu tetapi seseorang berpengaruh dalam UMNO, berpengalaman lama dalam selok-belok politik negara dan sedang merancang gerakan menyekat kumpulan “Kluster Mahkamah”.

Adakah Shahril ingat Tajuddin berani dan bersemangat untuk tampil ke depan menyerang Zahid tanpa mendapat sokongan kuat dibelakangnya, ia satu tanggapan yang salah.

Malah, semasa UMNO berdepan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini, panglima-panglima perang yang mempertahankan Datuk Seri Najib Razak ketika itu semuanya mempunyai sokongan yang kuat dibelakang.

Jadi, perkara sama dalam senario politik semasa yang berlaku dan Tajuddin adalah salah seorang panglima perang yang diberikan tanggungjawab untuk menyekat kemaraan Zahid dengan misinya untuk menyegerakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Langkah Tajuddin sebenarnya tepat dan kena pada masanya memandangkan hampir saban hari desakan supaya PRU-15 disegerakan kedengaran, namun masanya masih belum sesuai memandangkan negara masih berdepan dengan pelbagai permasalahan lain.

Isu peningkatan harga barang, inflasi dan krisis kesihatan yang masih dihadapi rakyat adalah punca utama PRU-15 tidak boleh diadakan pada masa terdekat. Biarlah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama pasukan Kabinetnya menyelesaikan permasalahan negara terlebih dahulu.

Daripada sidang media diadakan Tajuddin pada Isnin, terdapat satu mesej tersirat yang sedang hendak disampaikan kepada Kluster Mahkamah iaitu janganlah menarik sokongan jika tidak ditolong dalam kes mahkamah dihadapi mereka.

Bukannya apa, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini juga pernah mendedahkan kumpulan Kluster Mahkamah yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu menolong mereka dan janganlah perkara sama diulangi terhadap kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri UMNO sendiri.

Serba-sedikit, rakyat sudah mengetahui cerita sebenar disebalik kejatuhan kerajaan Muhyiddin sebelum ini, ternyata benar Kluster Mahkamah antara puncanya dan merancang bersama pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadi, bilanya Anwar akan menjawab berhubung pendedahan Tajuddin baru-baru ini, agaknya berapa jumlah akuan bersumpah (SD) yang diterima bagi menyokongnya menjadi PM?

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
12 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok